Program PQE Bantu Tingkat Kemahiran 20 Tenaga Pengajar Politeknik Dan Kolej Komuniti

Program PQE Bantu Tingkat Kemahiran 20 Tenaga Pengajar Politeknik Dan Kolej Komuniti

UUM ONLINE: 6 Mac - Bagi meningkatkan kemahiran pengajaran pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti khusus dalam bidang logistik dan pengangkutan, UUM dengan kerjasama The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) telah mengadakan Program Professional Qualification Examination (PQE), Program Advance Diploma/Professional selama empat bulan mulai Oktober lalu.

Hari ini, seramai 20 pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti telah diraikan dalam Majlis Penutup dan Penghargaan Program Professional Qualification Examination (PQE), Program Advance Diploma/Professional Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di EDC Hotels and Resorts.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang mewakili Naib Canselor berkata, program selama empat bulan itu bertujuan melatih pensyarah terlibat supaya dapat mengajar pelajar ambilan Diploma dan Sijil dalam bidang logistik dan pengangkutan.

"Kita semua menyedari dengan perkembangan era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), sektor logistik dan pengangkutan kini memainkan peranan yang semakin penting dalam mempelopori dan membentuk pertumbuhan ekonomi negara.

"Dengan matlamat untuk memberi sumbangan besar dalam menyokong agenda negara khusus dalam bidang ini, pengenalan program PQE adalah petunjuk yang jelas tentang pentingnya mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk memenuhi agenda pembangunan sosial dan ekonomi negara," ujar beliau.

Tambah beliau, diharap program PQE Advance Diploma itu akan diteruskan lagi dan UUM akan memberikan kerjasama dalam usaha mendidikan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

Sementara itu, Presiden CILT Malaysia, Dato' Abd Radzak Abd Malek berkata, CILT merupakan badan profesional yang menaungi pihak industri dalam bidang logistik dan pengangkutan.

Ujarnya, pihaknya telah bekerjasama dengan 22 institut pengajian tinggi awam dan swasta kira-kira sejak lima tahun lalu dan usaha Politeknik dan Kolej Komuniti ini untuk membangunkan industri logistik dan pengangkutan amat dibanggakan.

"Ini menunjukkan usaha kedua institut pengajian tinggi ini untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan dengan penglibatan pelbagai pihak terutamanya daripada badan profesional bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan pendidikan di negara ini.

"Dengan adanya program PQE ini, semua tenaga pengajar terlibat dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka khususnya dalam kursus profesional dalam bidang logistik dan pengangkutan," katanya.

Bagi pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi, Mohamad Amin Hamat, program tersebut sangat bermakna dan penting kepada 20 pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti setelah mengikuti modul disediakan di Sintok selama empat bulan.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia