Western Michigan University (WMU) Minat Dengan Potensi Kerjasama Bersama UUM

Western Michigan University (WMU) Minat Dengan Potensi Kerjasama Bersama UUM

UUM ONLINE: 6 Mac - Bagi mendepani arus perubahan yang mencabar pada masa kini, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengorak langkah proaktif dalam menjalinkan hubungan kerjasama dengan pelbagai institusi berkaitan dengan sektor pendidikan di dalam dan luar negara, termasuk dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Western Michigan University (WMU), sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Susulan MoU yang ditandatangani pada Ogos 2015 itu, UUM melalui Akademi Golf Nasional UUM (UUMNGA) telah mengadakan perbincangan bagi aktiviti dengan WMU meliputi cadangan penawaran program ijazah bersama (joint degree) dalam bidang pengurusan sukan dan rekreasi.

Sehubungan itu, delegasi WMU yang diketuai oleh Prof. Dr. Ming Li, Dean of the College of Education and Human Development mengadakan kunjungan dan perbincangan dengan UUM dalam rangka lawatan ke universiti ini bermula dari 5 hingga 7 Mac 2018.

Turut serta dalam lawatan itu adalah Prof. Dr. Liu Yuanlong, Chair and Professor of Research, Measurement and Evaluation for Department of Human Performance and Health Education; Prof. Dr. Suzan Ayers, Professor of Physical Education Teacher Education; dan Dr. Zeljka Vidic, Assistant Professor of Coaching Sport Performance and Graduate Program Coordinator.

Ketibaan delegasi WMU telah disambut dan diraikan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim di Welcome Centre, yang kemudiannya menyampaikan taklimat dan perkembangan terkini UUM dari pelbagai aspek seterusnya mengadakan perbincangan potensi kerjasama yang boleh dijalankan.

Hadir sama dalam perbincangan itu, Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof Dr Haim Hilman Abdullah; Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr Huda Hj Ibrahim; Pengarah UUMNGA, Prof. Madya Dr. Azman Yasin; dan Pengarah CIAC, Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi.

Menurut Prof Dr Yusnidah, kunjungan itu adalah untuk memberi pendedahan kepada WMU tentang pencapaian dan potensi UUM dalam usaha kerjasama tempatan dan antarabangsa di samping bertukar idea dalam pembangunan sektor pendidikan tinggi.

Sementara itu, Pengarah UUMNGA, Prof. Madya Dr. Azman Yasin berkata, pertemuan ini adalah untuk membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada UUM dalam rencana kerjasama strategik bersama rakan MoU luar negara secara lebih efektif.

“Tujuan lawatan dua hari delegasi WMU adalah untuk mengenali UUM dengan lebih rapat dan meneliti prospek kerjasama berimpak tinggi yang mampu diterokai bersama oleh kedua-dua pihak, selain membincangkan usul program ijazah bersama dalam pengurusan Sukan dan Rekreasi di bawah UUMNGA untuk tindakan selanjutnya.

“Diharap lawatan ini dapat memberikan peluang kepada WMU dan UUM untuk merencana dan mengadakan aktiviti kerjasama yang lebih inklusif di masa hadapan,” katanya.

Delegasi WMU turut dibawa melawat tarikan-tarikan di UUM dengan menaiki tram sebelum menjamu selera di Manager's Coffee.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia