Cuci Kawasan Kampus Cegah Aedes

Cuci Kawasan Kampus Cegah Aedes

UUM ONLINE: 7 Mac -  Universiti bersih, warga sihat dan sifar denggi itu antara matlamat yang ingin dicapai dalam Majlis Pelancaran UUM Zero AEDES 2018 di Inasis MISC, UUM semalam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim berkata, program ini bertujuan memastikan kawasan IPT bebas denggi selain memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang pencegahan dan membendung penularan kes denggi.

“Kadang-kadang kita harap orang lain buat untuk kita, kalau nak harap pakcik makcik cleaner saja yang membersihkan kawasan memang zero aedes tak akan berlaku memandangkan kita mempunyai lebih daripada 16,000 pelajar dan 3,000 staf.

“Kita tak nak dengar pelajar kena denggi, jadi, sepatutnya semua pihak perlu terlibat dan mengambil berat memastikan kebersihan kampus supaya selamat dan selesa.

Zero Aedes ini bukan sahaja untuk membendung wabak denggi, tetapi juga membendung penularan wabak Zika dan Cikungunya, insya-Allah warga UUM akan sihat,” ucapnya.

Selain itu, TNC turut mengarahkan setiap untuk melancarkan gotong-royong bagi membersihkan kawasan penginapan pelajar seperti Inasis MISC, TM dan BSN pada Jumaat ini sebagai persedian menerima kunjungan Audit sempena Anugerah IPTA Bebas Denggi 2017/2018, 18 Mac ini.

Sementara itu, siswi Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, Dayang Ratna Syahira, 22 menyokong usaha yang dilakukan oleh universiti termasuk gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampus.

Ujarnya, program seumpama ini mendidik warga kampus tentang bahaya nyamuk aedes yang menjadi punca peningkatan deman denggi selain membudayakan amalan kebersihan dalam hidup.

“Selain mencegah penularan wabak demam denggi program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan staf yang bertungkus-lumus menjayakannya,” tambahnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia