Fahami Strategi Untuk Lonjak UUM Dalam QS University Rankings By Subject

Fahami Strategi Untuk Lonjak UUM Dalam QS University Rankings By Subject

UUM ONLINE: 8 Mac - “Ketua jabatan di setiap pusat pengajian harus fahami dahulu strategi atau pelan tindakan untuk meletakkan subjek berpotensi masing-masing dalam QS University Rangkings bagi memudahkan perancangan pelan jangka masa panjang,” ujar Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Bengkel Pelan Tindakan QS University Rankings By Subject anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) di TH Hotel, semalam.

Menurutnya, bengkel yang dianjurkan itu bukan untuk rancangan masa pendek tetapi rancangan berteruskan untuk meletakkan subjek yang berpotensi dari semua pusat pengajian UUM pada kedudukan terbaik dunia.

Katanya, apabila sudah berjaya meletakkan diri pada kedudukan Top 100, sudah pasti universiti mahu melonjakkan lagi pencapaian sehingga menjadi Top 10 terbaik dunia.

“Tiada istilah ‘mission accomplished’ walaupun sudah mencapai kedudukan Top 100, justeru, saya mahu semua peserta bengkel ini dapat memahami pelan tindakan atau rancangan untuk menonjolkan subjek berpotensi masing-masing dengan mengadakan ‘close discussion’ di pusat pengajian,” ujarnya.

Tambah beliau, komunikasi memainkan peranan untuk menyebarkan hasil bengkel tersebut supaya semua dapat faham kriteria dan bagaimana cara untuk mencapai pelan itu.

Beliau berkata, perancangan dan pelan tindakan yng dibentangkan setiap wakil pusat pengajian diharap dapat dibangunkan dan dikemaskini, malah perlu diwujudkan satu pasukan untuk melaksanakannya.

“Saya mahu kita jadikan Singapore Management University (SMU) sebagai contoh atau ‘business model’ dengan menonjolkan pencapaian UUM melalui Subject Ranking dan buktikan UUM mampu menjadi seperti SMU.

“Kini kita sudah mengenal pasti terdapat 16 subjek yang mempunyai kekuatan untuk ‘push’ dahulu untuk disenaraikan dalam Top 200 atau Top 100,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim berkata, bengkel tersebut adalah platform untuk mencari strategi terbaik untuk melonjakkan UUM dalam Subject Rankings.

Sepanjang bengkel itu, peserta terdiri Penolong Naib Canselor, Dekan-dekan, ketua jabatan dan wakil pusat pengajian diberikan taklimat tentang pelan tindakan oleh IPQ, seterusnya mengadakan pembentangan mengikut skop masing-masing.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia