Mesyuarat MPLPU Pertama Kali Diadakan Di UUM

Mesyuarat MPLPU Pertama Kali Diadakan Di UUM

UUM ONLINE: 8 Mac - Semua Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam diraikan pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam di Dewan Sri Angsana, EDC Hotels & Resorts, UUM, semalam.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berbesar hati dan menyambut baik Mesyuarat MPLPU yang buat pertama kalinya UUM menjadi tuan rumah.

“Saya ucapkan selamat datang kepada semua Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam Malaysia ke UUM, ribuan terima kasih kepada yang hadir dan saya berharap agar semua dapat menikmati keindahan Kampus UUM.

“Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir, Pengerusi Lembaga Pengarah UUM di atas pelantikan sebagai Pengerusi MPLPU bagi tahun 2018 – 2019.

“Saya yakin pemilihan beliau amatlah tepat dan bagi pihak UUM, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada MPLPU dalam melaksanakan peranannya demi kebaikan dan manfaat semua Universiti Awam, masyarakat dan negara,” ucapnya yang turut berkongsi perkembangan tentang UUM, Sintok.

Pelbagai pencapaian telah dicapai oleh UUM hasil usaha semua pihak terutamanya Tan Sri Siti Sa’diah sendiri yang banyak memberi pandangan dan nasihat dalam membangun dan merencanakan perjalanan Universiti ini.

“Peranan Lembaga Pengarah amat penting dan tugas LPU kini sangat mencabar berbanding dahulu kerana hal kewangan dengan potongan bajet yang dihadapi semua universiti, kita berdepan cabaran yang begitu besar.

“Semua berlumba-lumba untuk meningkatkan kedudukan masing-masing yang dinilai dan diperhatikan jadi kita kena bekerja kuat lebih daripada biasa, semua perlu menyinsing lengan untuk mencapai agenda yang ditetapkan,” tambahnya.

Pada majlis berasingan, Mesyuarat Majlis Pengerusi LPU Universiti Awam Kali Ke-4 Bil. 1/2018 berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, pagi tadi.

Mesyuarat ini antara lain membincangkan mengenai masa depan dan hala tuju Universiti Awam di Malaysia selain mengupas banyak perkara penting yang dibincangkan, diperhalusi dan diputuskan demi faedah bersama.

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia