UUM Universiti Pertama Jalin Kerjasama Dengan Universiti Di New Cairo, Egypt

UUM Universiti Pertama Jalin Kerjasama Dengan Universiti Di New Cairo, Egypt

UUM ONLINE: 8 Mac - UUM menjadi universiti pertama di negara ini yang menjalinkan kerjasama dengan universiti di New Cairo, Egypt menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Future University in Egypt (FUE).

MoU tersebut telah ditandatangani Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr mohamed Mustafa Ishak dan Lembaga Penasihat FUE, Dr Hannan Khalifa di Sri Mersawa, EDC Hotels & Resorts, pagi tadi.

Dalam memorandum itu, antara aktiviti yang akan dijalankan bersama ialah penawaran program PhD, pertukaran pelajar dan staf, penyelidikan dan perundingan, penerbitan dan pertukaran bahan akademik dan pasaran program UUM di negara Arab.

Pemeteraian MoU itu adalah hasil dari lawatan rasmi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Yusnidah Ibrahim dan Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani ke New Cairo, Egypt Disember 2017.

Sebagai permulaan kerjasama antara UUM dan FUE, kedua universiti mencapai kesepakatan untuk menawarkan program PhD kepada pensyarah dan pegawai tempatan di New Cairo, Egypt bagi program-program di bawah Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS).

Dengan termeterainya MoU itu juga, UUM secara tidak langsung menerima manfaat antaranya, meningkatkan jumlah pelajar PhD yang mana FUE akan menghantar sejumlah pelajar untuk mengikuti program PhD di UUM dan membuka ruang serta pasaran program UUM di sekitar New Cairo, Egypt di mana UUM merupakan Universiti Awam di Malaysia yang pertama menjalin kerjasama dengan universiti di negara tersebut.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan jumlah pendapatan kepada pihak UUM di mana pelaksanaan program ini akan menambahkan lagi jumlah pelajar dan secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan kepada universiti, seterusnya memberikan peluang kepada kakitangan akademik UUM khususnya SoIS untuk berkerjasama dengan kakitangan akademik FEU dalam penerbitan dan penyelidikan melalui matching grant.

Dalam perkembangan lain, Dr Hannan Khalifa yang juga merupakan wakil Cambridge English Assessment, UK telah mengadakan sesi perbincangan dengan Pusat Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) bagi membincangkan tentang pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA).

Perbincangan tersebut menfokuskan kepada penganjuran aktiviti penyelidikan dan bengkel atau kursus berkaitan pengujian dan penilaian Bahasa Inggeris.

Kerjasama itu kelak adalahh sebagai langkah awal menjadikan SLCP sebagai pusat rujukan hal ehwal pengujian dan penilaian Bahasa Inggeris.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia