Penilaian Semula Persijilan AUN-QA SOIS Bermula

Penilaian Semula Persijilan AUN-QA SOIS Bermula

UUM ONLINE: 12 Mac - UUM menerima lawatan dari ASEAN University Network (AUN) sempena Penilaian Semula Persijilan ASEAN University Network (AUN-QA) SOIS di Bilik Mesyuarat Senat, pagi tadi.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Antarabangsa (SOIS), Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, perbincangan ini bertujuan melakukan penilaian semula bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa Dengan Kepujian (BIAM).

“Pada 18 Oktober 2013 yang lalu, SOIS mendapat pengiktirafan Pensijilan AUN-QA bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa Dengan Kepujian (BIAM).

“Bagaimanapun tempoh persijilan tersebut telah tamat pada 17 Oktober lalu dan perlu melalui proses persijilan Semula AUN-QA seperti yang telah ditetapkan oleh Sekretariat AUN-QA pada 12 sehingga 14 Mac ini. Untuk itu, satu Jawatankuasa AUN-QA di peringkat SOIS telah diwujudkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penilai Prof. Madya Dr. Ornsiri Cheunsuang berkata, AUN-QA merupakan sebahagian daripada ASEAN University Network (AUN) yang memberi fokus kepada aspek jaminan kualiti akademik dalam bentuk kerjasama rantau ASEAN.

Beliau menyifatkan AUN-QA adalah platform pembangunan aspek kualiti akademik serantau yang penting.

Hadir sama, Penilai AUN-QA, Dr. Clarita Carillo dan Sekretariat AUN, Prof. Madya Dr. Nantana Gajaseni dan Piyapat Kultanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia