Prof T C Melewar Kongsi Ilmu Terbit Artikel Dalam Jurnal Terkemuka

Prof T C Melewar Kongsi Ilmu Terbit Artikel Dalam Jurnal Terkemuka

UUM ONLINE:12 Mac - "Kedudukan universiti dan staf dinilai berdasarkan hasil penyelidikan dan penerbitan justeru artikel yang berjaya diterbitkan dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi dapat mempengaruhi kedudukan sesebuah universiti dalam ranking antarabangsa," ujar Prof T C Melewar, Profesor Pemasaran dan Strategi dari Universiti Middlesex, London, United Kingdom.

 

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pemasaran, Penjenamaan dan Pelancongan (MBT), Sekolah Peniagaan, Universiti Middlesex, UK berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman 30 tahun beliau dalam bidang akademik sempena OYAGSB BizTalk 4/2018 bertajuk Ranking, Reputation and Research (3Rs): Voyage, Vista and Viewpoint di Studio OYAGSB.

Menurut Prof T C, bagi ranking berdasarkan penyelidikan dan penerbitan, tiga badan utama yang menilainya adalah Times Higher Education World Ranking, QS World University Ranking dan Shanghai Ranking (Academic Ranking of World Universities).

"Pada dasarnya dalam konteks kita, perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Social Science Citation Index (ISI, Institute for Scientific Information).

"Jurnal SSCI adalah antara yang terkemuka dan sukar diterbitkan. Lebih tinggi faktor impak lebih sukar untuk menerbitkan dalam jurnal-jurnal ini misalnya Journal of Business Research (JBR) – 3.354, Journal of International Business Studies (JIBS) – 5.869, European Journal of Marketing (EJM) – 1.333, Journal of World Business (JWB) – 3.758 dan Industrial Marketing Management (IMM) – 3.166," ujarnya.

Tambahnya, saban tahun semakin sukar untuk menerbitkan artikel di dalam jurnal ISI, sehubungan itu penyelidik perlu mengambil beberapa langkah yang perlu.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia