Jalinan Kerjasama Juruaudit Universiti Awam

Jalinan Kerjasama Juruaudit Universiti Awam
UUM ONLINE: Jalinan kerjasama antara juruaudit Universiti Awam (UA) di Malaysia terjalin mesra dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam UA berlangsung di EDC Hotels & Resorts pada 27 hingga 28 Mac 2018.
 
Ketua Audit Dalam UUM, Mustainah Alwi berkata, mesyuarat itu bertujuan meningkatkan akauntabiliti dan pengurusan yang seragam antara semua UA  meliputi kecekapan sistem pengauditan, penilaian kawalan dalaman dan pembangunan sistem.
 
Jelasnya, antara UA yang terlibat seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.
   
“Perkongsian ilmu dan perkembangan terkini pengurusan pengauditan daripada wakil Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara, Zirawati Kadir dapat menambahbaik perkhidmatan dan hala tuju yang jelas termasuk mengemaskini pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti berdasarkan risiko,” katanya.
 
Tambahnya, mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu menjadi forum perbincangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan universiti yang dilihat berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia