Tiga Pelajar PhD Wakili UUM Ke Pertandingan Malaysia 3MT 2018

Tiga Pelajar PhD Wakili UUM Ke Pertandingan Malaysia 3MT 2018
UUM ONLINE: 3 April - Tiga pelajar Doktor Falsafah (PhD) akan mewakili UUM  ke Pertandingan Three Minute Thesis (3MT) 2018 peringkat nasional yang akan berlangsung pada Mei depan sejurus dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan 3MT 2018 Peringkat UUM, hari ini.
 
Ketiga pelajar tersebut, Okere Prince Hector Chimeremeze selaku juara, diikuti tempat kedua dimenangi Ahmad Afif Ahmarofi dan tempat ketiga, Annuar Aswan Mohd Noor akan berentap dengan peserta dari universiti awam lain di Pertandingan Malaysia 3MT 2018 di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak.
 
Hasil kemenangan itu, ketiga peserta tersebut membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300 berserta sijil, RM200 berserta sijil dan RM100 berserta sijil pada pertandingan itu yang disampaikan Dekan Awang Had Salleh Graduate School, Prof Dr Abdull Sukor Shaari.
 
Prof Dr Abdull Sukor berkata, 3MT adalah cetusan dari University of Queensland, Australia yang merupakan satu pertandingan akademik yang mana mencabar pelajar PhD terlibat untuk membentangkan topik tesis mereka dalam masa tiga minit di hadapan penonton dan juga juri.
 
"3MT menjadi landasan kepada peserta untuk menonjolkan idea hebat mereka dalam kajian yang dijalankan dan secara tidak langsung membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam komunikasi yang melibatkan komuniti.
 
"Selain itu, 3MT ini juga diharap menjadi platform permulaan kepada peserta untuk mengembangkan rangkaian mereka dengan penyelidik dari seluruh dunia yang mana pertandingan ini sudah mula menjadi global sehingga UUM tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam penganjuran 3MT ini," katanya pada Pertandingan 3MT 2018 Peringkat UUM di Studio OYAGSB.
 
Dalam pertandingan ini, peserta diadili berasaskan keupayaan mereka membentangkan hasil penyelidikan dengan menggunakan hanya satu slaid PowerPoint dalam masa tiga minit sahaja yang mana hasil penyelidikan perlu difahami oleh mereka yang tidak mahir di dalam bidang penyelidikan tersebut.
 
Seramai tujuh peserta berentap pada Pertandingan 3MT Peringkat UUM itu yang mana mereka telah dinilai oleh empat juri yang diketuai Prof Dr Norshuhada Shiratuddin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia