UUM Tubuh Pusat Kecemerlangan Pengurusan Strategik Pertahanan Awam

UUM Tubuh Pusat Kecemerlangan Pengurusan Strategik Pertahanan Awam
UUM ONLINE:  Kuala Lumpur, 3 April - Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menubuhkan pusat kecemerlangan (Centre of Excellence) Pengurusan Strategik Pertahanan Awam.
 
Penubuhan CoE ini membolehkan UUM menawarkan Diploma Eksekutif Pengurusan Strategik Pertahanan Awam untuk ahli-ahli APM.
 
Selain itu kolaborasi ini juga dapat mewujudkan platform untuk penyelidikan, latihan dan perundingan dalam bidang pertahanan awam.
 
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak bagi pihak UUM dan Ketua Pengarah APM, Mej. Jen. (B) Dato' KPj. (PA) Azmy Yahya mewakili APM, disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Shahidan Kassim dan Penolong Naib Canselor UUM COB merangkap Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah di Parlimen.
 
Dato' Seri Dr Shahidan berkata, memorandum yang ditandatangani oleh UUM dan APM itu secara tidak langsung akan membolehkan kedua-dua pihak menjana lebih banyak idea dan koordinasi aktiviti dalam memperkasakan aspek pengurusan bencana.
 
"Kita sedia maklum UUM merupakan salah sebuah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) terbaik negara yang melahirkan banyak graduan dan melalui jalinan kerjasama ini, APM dan UUM boleh menerokai dengan lebih mendalam aspek perundingan, latihan, penyelidikan dan latihan yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
"MoU ini juga akan membuka ruang kepada anggota APM untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi melalui penawaran Diploma Eksekutif Pengurusan Strategik Pertahanan Awam oleh UUM kepada APM," katanya.
 
Jelas beliau, ia bakal mengubah dan membantu anggota APM yang layak untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka di masa hadapan selain meningkatkan kualiti perkhidmatan APM kepada masyarakat.
 
Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU itu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Dr Mary Yap Kain Ching.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 
 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia