AYIFF Iktiraf Penggiat Seni Filem Indie

AYIFF Iktiraf Penggiat Seni Filem Indie
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 4 April – Bagi mengiktiraf bakat dan hasil kerja pelajar serta penggiat seni Indie khususnya dari negara Asia, Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan Asian Youth Indie Film Festival 2018 (AYIFF’18) selama dua hari mulai 9 dan 10 April di UUM.
 
Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, penganjuran AYIFF 2018 itu merupakan yang ketiga diadakan bertujuan mencetuskan minat dan kesedaran golongan muda dalam bidang industri kreatif yang merupakan industri lumayan, di samping memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajar dan penggiat seni Indie menerusi filem dan animasi di samping mencungkil dan mengasah bakat tenaga muda.
 
"Selain mengiktiraf hasil kerja kreatif penggiat seni indie Asia, AYIFF 2018 akan diisi dengan pelbagai program seperti forum dan bengkel industri kreatif dan kemuncaknya adalah AYIFF Gala Night yang akan menobatkan pemenang dalam pelbagai kategori dipertandingkan seperti Filem Naratif, Filem Dokumentari, Animasi, Video Muzik dan Pesanan Khidmat Awam," katanya pada Sidang Media AYIFF '18 di Academia Cafe & Bistro UUM KL, hari ini.
 
Tambah beliau, salah satu keistimewaan AYIFF adalah ia membuka peluang kepada pelajar sekolah untuk mempertaruhkan bakat mereka melalui kategori Promising Young Minds.
 
AYIFF 2018 menerima 176 penyertaan dari dalam negara dan juga antarabangsa seperti India, Indonesia, Filipina dan Singapura.
 
Sebanyak 70 penyertaan telah disenarai pendek bagi penjurian akhir yang merangkumi karya-karya kreatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Multimedia University (MMU), Universiti Sains Malaysia (USM), Management & Science University (MSU), Universiti Selangor, KDU Penang, Han Chiang University of Communication (Penang), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Port Dickson dan Sunway Universiti.
 
Manakala penyertaan dari luar negara ialah University of the Philippines, University of the East – Caloocan Philippines, University of Saint Anthony Philippines, Kalbis Institute Indonesia dan De La Salle – College of Saint Benilde Philippines.
 
Antara penggiat industri kreatif yang akan menjayakan AYIFF 2018 ialah Mamat Khalid, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Jaclyn Vicr dan ramai lagi.
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia