Fotografi Menyatukan Kita – ABOUT

Fotografi Menyatukan Kita – ABOUT
UUM ONLINE: Dengan satu minat yang sama, A Big Outing Utara (ABOUT) yang berlangsung di UUM berjaya menghimpunkan ramai penggiat fotografi termasuk dari luar negara seperti Kanada dan Algeria.   
 
Antara lain, Art of Nature, Inspirasi Potret, Akademi Aston, Northern Birding Buddies, KRUtalihijau, FJPG, SKM Utara, Northern Drone Pilot, Malaysia Photographer Community, Malaysian Makro Team, Digital Mukmin dan Iskandari Dive Centre.
 
Menurut Ketua Penyelaras ABOUT, Ezy Azhar Zamzuri, objektif utama ABOUT untuk merapatkan hubungan di kalangan peminat foto agar saling berkenalan bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman menarik.
 
Mengangkat tema Fotografi Menyatukan Kita, program dengan kerjasama School of Creative Industry Management & Performing Arts (SCIMPA), memberi pendedahan ilmu kepada mereka yang berminat dalam bidang fotografi.
 
“ABOUT direalisaikan oleh 16 group foto yang aktif di Utara tanpa sebarang tajaan dan bergerak dari hasil sumbangan peribadi dengan kekuatan 29 urusetia ABOUT yang bekerja secara sukarela demi minat yang sama. 
 
“Program secara percuma ini terbuka kepada semua tanpa mengira brand kamera anda, genre apa yang anda ceburi, yang lama atau yang baru dalam fotografi,” ujarnya dari Kelab Kamera Kedah. 
 
Beliau juga berharap kerjasama yang baik dengan UUM akan berterusan pada masa akan datang dalam usaha menambah ilmu dalam bidang fotografi. 
 
Manakala Hairul Nizam Zahari berpendapat bidang fotografi bukan sekadar mengambil gambar tetapi merakam sesuatu peristiwa dalam bentuk yang boleh memberi impak kepada orang yang melihatnya.
 
Beliau yang bertugas sebagai jurufoto berperanan merakamkan detik penting sesuatu peristiwa yang berlaku untuk tatapan ramai jadi jurufoto perlu diperkasakan dengan ilmu agar lebih kreatif dan berkemahiran.
 
“Sambutan yang diterima amat menggalakkan kira-kira 180 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, IPT, jurugambar pelbagai peringkat umur dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor.
 
“ABOUT turut membina networking antara group foto utara dan berupaya menjadi platform untuk berkongsi ilmu secara santai menerusi sesi photo shooting dan mini pameran bagi setiap genre yang diminati,” luahnya.  
 
Jelasnya, 10 group foto turut menyertai Mini Pameran di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang memperlihatkan hasil foto pelbagai genre dan peralatan yang digunakan. 
 
“Semasa mengunjungi pameran para peserta juga dapat belajar serta mendapat maklumat yang berkaitan genre foto yang dipamerkan seperti arieal foto, landscape dan nature, potraiture, travel foto, macro dan underwater. 
 
“Bukan itu sahaja para peserta juga boleh melihat dengan lebih dekat peralatan yang disediakan serta berpeluang mengambil gambar menggunakan peralatan tersebut,” tambahnya.  
 
Pastinya dalam sesi outdoor photo shooting ini lebih menarik apabila para peserta yang berpengalaman berkongsi ilmu pengetahuan dalam seni merakam foto kepada peserta yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini. 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia