AYIFF 2018 Kembali Buat Kali Ketiga Dengan Lebih Pengisian

AYIFF 2018 Kembali Buat Kali Ketiga Dengan Lebih Pengisian
UUM ONLINE: Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF'18), festival yang mengiktiraf bakat dan hasil kerja pelajar serta penggiat seni Indie khususnya kembali lagi buat kali ketiga bagi tahun 2018.
 
Pada tahun ini, AYIFF'18 menjanjikan pengisian yang lebih baik dengan pelbagai aktiviti dijalankan, selain menampilkan wajah-wajah terkemuka dalam industri seni tanah air, antaranya Mamat Khalid, Dato'AC Mizal, Dato' Ramli Sarip, Pekin, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim, Dato' Eizlan Yusuf, Jaclyn Victor dan ramai lagi.
 
Pelbagai aktiviti diadakan selama dua hari mulai hari ini seperti Workshop on Animation by Giggle Garage dan Fiesta Food Truck, Film Showcase & Busking Performance, manakala pada 10 April pula diadakan Asian Future Education in Creative Industry for the 4th Industrial Revolution, Nikon Workshop, Workshop by Mamat Khalid dan malam kemuncak AYIFF'18 Gala Night.
 
Penganjuran AYIFF 2018 bertujuan memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajar dan penggiat seni Indie menerusi filem dan animasi, di samping mencungkil dan mengasah bakat tenaga muda.
 
AYIFF 2018 menerima 176 penyertaan dari dalam negara dan juga antarabangsa seperti negara India, Indonesia, Filipina dan Singapura bagi merebut pelbagai kategori seperti Filem Naratif, Filem Dokumentari, Animasi, Video Muzik dan Pesanan Khidmat Awam.
 
Selain itu, salah satu keistimewaan AYIFF adalah membuka peluang kepada pelajar sekolah untuk mempertaruhkan bakat mereka melalui kategori Promising Young Minds.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia