Majlis Pelancaran Rumah Warisan Dan Kaligrafi

Majlis Pelancaran Rumah Warisan Dan Kaligrafi
UUM ONLINE: Dalam usaha mengembalikan keunggulan seni kaligrafi Islam, Majlis Penutupan Geran NBOS Baik Pulih Pusat Aktiviti Seni Khat dan melancarkan Rumah Warisan dan Kaligrafi telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama al-Alawiyah Diniah, (ALMAAD), Arau, Perlis.
 
Usaha ini dirintis oleh Ketua Penyelidik, Dr. Mardzelah Makhsin bersama pasukannya yang berjaya membina Pusat Aktiviti Seni Khat Komuniti Perlis.  
 
Jelasnya, objektif utama pelaksanaan projek ini untuk memberi prasarana yang selesa supaya pelajar dapat mengakses pendidikan khat dengan berkesan selain memastikan khazanah peninggalan Islam ini terus diagungkan. 
 
Menurutnya, seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. 
 
“Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai-nilai Islam.
 
“Hasil daripada kemahiran khat seni bina Islam telah berjaya membina masjid daripada ukiran kaligrafi di Istanbul dan banyak lagi dapat dibuktikan,” ujarnya.
 
Atas kesedaran ini, projek inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS), University Community Transformation Centre (UCTC), Northern Corridor Research Centre (NCRC) dan Pusat Pengajian Dan Bahasa Moden (SEML) dengan kerjasama sub-unit kerohanian, Pusat Kokurikulum, UUM dan Sekolah Menengah Agama al-Alawiyah Diniah, Arau (ALMAAD) dilancarkan. 
 
“Pelbagai usaha dijalankan termasuk menjalankan aktiviti membaik pulih pusat aktiviti seni khat di Sekolah Menengah Agama al-Alawiyah Diniah, Arau yang berusia 30 tahun yang sebelum ini tidak aktif akibat kemudahan pembelajaran yang tidak lengkap. 
 
“Projek bernilai RM8,000 merupakan salah satu projek usahasama NBOS bersama komuniti yang diharapkan dapat merangsang semangat murid untuk belajar seni kaligrafi Islam dengan kemahiran tulisan khat,” ujarnya. 
 
Menurut Pengarah Northen Corridor Research Centre (NCRC), Prof. Dr. Rohana Yusof, projek baik pulih pusat aktiviti seni khat ini telah melalui beberapa fasa seperti kerja membaik pulih galeri khat, proses memasang pagar dan membuat lantai. 
                                                             
“Dengan gabungan strategik pebagai pihak, projek bernilai RM8,000 telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 4 bulan bermula dari 1 November 2017 sehingga 28 Februari 2018,” ujarnya sebelum merasmikan majlis.  
 
Menerusi geran NBOS, projek ini turut memperoleh sumbangan komuniti seperti cat, tirai, papan hijau, kerusi batu selain komuniti setempat banyak menyumbang tenaga bagi membaik pulih rumah warisan dan kaligrafi ini.
 
“Usaha ini untuk memastikan khazanah peninggalan Islam terus diagungkan dan dapat mengekalkan nilai-nilainya selain untuk mengkomersilkan hasil seni khat yang dihasilkan sendiri oleh pelajar ALMAAD.
 
“Dengan adanya kemudahan ini, pelajar dapat mempraktik kemahiran keusahawanan selain kemahiran menghasilan seni khat kerana mereka juga menerima tempahan dan jualan hasil seni khat yang telah dihasilkan,” ucapnya yang turut melihat jualan hasil khat yang ditulis di atas pinggan dan papan kecil.
 
Malah tambahnya, melalui projek ini generasi muda memiliki kemahiran khat yang memberi impak terhadap kelestarian warisan khazanah ketamadunan Islam sekali gus mengkomersilkan seni khat yang dihasilkan sendiri oleh pelajar ALMAAD. 
 
Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mencemar duli merasmikan Kelab Khat Komuniti Perlis di ALMAAD Arau, Perlis pada 27 Februari yang lalu. 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia