‘Preserving The Earth’ – Wujud Kesedaran Kepentingan Pelihara Alam Sekitar Terhadap Pelajar Istimewa

‘Preserving The Earth’ – Wujud Kesedaran Kepentingan Pelihara Alam Sekitar Terhadap Pelajar Istimewa
UUM ONLINE: Bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah mengenai kepentingan memelihara alam sekitar dalam membantu mengurangkan gas rumah hijau dan pencemaran berbahaya, mahasiswa kursus Perhubungan Awam (C), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) UUM telah mengadakan program ‘Preserving Th Earth’ bersama pelajar pendidikan khas di SMK Arau, Perlis baru-baru ini.
 
Program ini disertai sembilan pelajar kursus Perhubungan Awam kumpulan C bersama pensyarah, Dr. Mohd Zuwairi Mat Saad yang menjalankan dua aktiviti utama bersama pelajar istimewa ini iaitu penanaman pokok di kawasan yang disediakan dan menanam pokok hiasan dengan menggunakan bahan kitar semula. 
 
Pembahagian kumpulan ini adalah berdasarkan kepada tahap masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas yang terdiri daripada masalah autism, dyslexia, down syndrome, hyperactive dan masalah pembelajaran.  
 
Pengarah Program, Muhammad Nazrul Azman berkata kebanyakan program berkaitan alam sekitar memfokuskan kepada masyarakat biasa di luar sana tetapi masih kurang pendedahan diberikan kepada pelajar istimewa.
 
"Besar harapan kami agar mereka memahami dan dapat mengaplikasikan aktiviti yang dijalankan secara berterusan dalam menjaga alam sekitar untuk kesejahteraan bersama menerusi program ini," ujarnya.
 
Sementara itu Guru Kanan Pelajar Pendidikan Khas, Puan Junaidah merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta terlibat  kerana mengendalikan program yang memberikan kesan dan persepsi positif kepada pelajar istimewa terhadap penjagaan alam sekitar.
 
"Saya berharap program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang agar mereka tidak berasa terpinggir daripada masyarakat," jelas beliau.
 
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata di antara pengarah program dan pihak sekolah. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia