Naib Canselor Luang Masa Makan Tengah Hari Bersama Pelajar Venezuela

Naib Canselor Luang Masa Makan Tengah Hari Bersama Pelajar Venezuela
UUM ONLINE: 11 APRIL - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dan makan tengah hari bersama tiga pelajar Venezuela yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Bilik Seri Delima, semalam.
 
Tiga pelajar berkenaan Johnny Samuel Chung Rodriguez, 23; Aileen Ayari Chung Rodriguez, 21, dan Rafael Eduardo Hernandez Delgado, 21, tiba di UUM pada 23 Mac lalu bagi mengikuti pengajian selama lapan (8) semester bermula pada Semester Kedua sesi 2017/2018 sehingga Semester Pertama sesi 2021/2022.
 
Walaupun mempunyai latar belakang keluarga dari golongan miskin, namun pencapaian akademik yang cemerlang melayakkan tiga pelajar daripada Venezuela untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di UUM.
 
Mereka masing-masing mengikuti program Sarjana Muda Sains (Multimedia), Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dan Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia