AYIFF Terus Mendapat Perhatian Penggiat Seni Indie

AYIFF Terus Mendapat Perhatian Penggiat Seni Indie
UUM ONLINE: 11 April - Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF) yang memasuki tahun ketiga penganjurannya terus mendapat perhatian penggiat seni Indie tempatan dan luar negara.
 
Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, ini dibuktikan dengan jumlah penyertaan yang semakin meningkat sejak ia mula diperkenalkan pada 2015.
 
Menurutnya, tahun ini sahaja AYIFF menerima 70 penyertaan yang telah disenarai pendek berbanding dua tahun penganjuran sebelumnya.
 
“Penganjuran AYIFF kini sudah menjadi platform untuk penggiat seni Indie dan pelajar mengetengahkan bakat mereka menerusi filem dan animasi.
 
“Pengiktirafan yang diberikan ini juga secara tidak langsung membantu mencungkil dan mengasah bakat tenaga muda untuk menghasilkan karya kreatif dalam dunia kini berada dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0),” katanya pada Malam Gala AYIFF’18 di Dewan Mu’adzam Shah, malam tadi.
 
Pada malam tersebut, Pro-Canselor, Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan anugerah kepada penerima Best Of The Best dan Ikon Generasi Muda bagi kategori Aktor dan Pengarah.
 
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan pada AYIFF 2018 iaitu Filem Naratif Terbaik, Dokumentari Terbaik, Muzik Video Terbaik, Animasi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) Terbaik dan Promising Young Minds, selain Best Of The Best.
 
Lebih 5,000 orang memenuhi Dewan Mu’adzam Shah bagi menyaksikan hari bersejarah para pemenang dan mereka turut dihiburkan dengan barisan artis terkemuka seperti Jaclyn Victor, Dato’ Ramli Sarip, Akma, Zahid, Dato’ AC Mizal, Dato’ Eizlan Yusof, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. 
 
Hadir sama, Pro-Canselor, Dato’ Seri Amar DiRaja Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Osman Aroff dan Dato’ Ahmad Zaini Japar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia