‘The Cliff House’ Diangkat Sebagai Best Of The Best AYIFF’18

‘The Cliff House’ Diangkat Sebagai Best Of The Best AYIFF’18
UUM ONLINE: 11 April - Filem animasi ‘The Cliff House’ diangkat sebagai Best Of The Best pada Malam Gala AYIFF’18 di Dewan Mu’adzam Shah, semalam.
 
Filem yang dihasilkan sekumpulan pelajar Universiti Multimedia (MMU) iaitu Wong Jin Yao, Tan Lin Haur, Woon Chee Khai dan Kong Wei Cheng itu turut merangkul Anugerah Animasi Terbaik.
 
Pro-Canselor, Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut.
 
The Cliff House merupakan filem animasi pendek yang pada mulanya adalah projek tamat pengajian mereka yang mengambil masa selama setahun untuk dihasilkan sebelum ia dilancarkan di Youtube.
 
The Cliff House berkisarkan tentang kehidupan seorang lelaki tua yang berkesungguhan untuk membina sebuah menara dalam usaha merealisasikan impiannya.
 
Menggunakan 3D sebagai medium utama dan gabungan gaya seni lukisan berus, filem animasi tersebut telah menerima beberapa pengiktirafan tempatan dan antarabangsa termasuk ditayangkan pada Komanwel di Australia di bawah Commonwealth Stories.
 
Pada malam kemuncak AYIFF 2018 itu, kategori Best Public Service Announcement (PSA) dimenangi Universiti Malaysia Perlis menerusi Fake Cosmetic; Best Music Video dimenangi KDU University College Penang menerusi King; Best Narrative dimenangi Falasi oleh Koyak Tiket Films Production; Best Documentry dimenangi Universiti Malaysia Sarawak dengan tajuk Di Sebalik Orang Hijau dan Promosing Young Minds oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Kelantan menerusi Jiran.
 
Turut disampaikan Anugerah Khas Juri yang dimenangi filem Tindak - The Office Circle (MTask Production); Ikon Sepanjang Zaman kepada Seniman Negara, Dato’ Seri (Dr) Ahmad Nawab; Ikon Generasi Muda kategori Aktor dimenangi Sabri Yunus dan kategori Pengarah oleh Mamat Khalid.
 
Selain itu, AYIFF turut menyampaikan empat Anugerah Honourable Mention kepada empat penerima menerusi filem Katong Gabii, Senyum, Aksara Di Sebalik Sampah dan Hati Lelaki.
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia