Chef Wan Kongsi Momen Indah Dunia Masakan – Beri Inspirasi Kepada Generasi Muda

Chef Wan Kongsi Momen Indah Dunia Masakan – Beri Inspirasi Kepada Generasi Muda
UUM ONLINE:11 April - Ikon kulinari negara, Chef Wan yang berjaya memartabatkan warisan hidangan tradisi  Malaysia di seluruh dunia berkongsi momen indah dunia masakan dalam Program Dapoq Hangat Chef Wan di Dewan Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM, semalam.
 
 
“Kerja sebagai chef satu kerjaya yang menakjubkan yang mengajar erti kesabaran, keyakinan, semangat, kebersihan diri, terancang dan mendisiplinkan diri.
 
“Beza dengan orang yang berjaya ialah lebih usaha dalam melakukan sesuatu perkara dengan mengutamakan kualiti dan teliti dalam menyempurnakan sesuatu Kerja,” luahnya pada program anjuran Pusat Pengajian Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) dengan kerjasama SCOHOST.
 
Menceritakan zaman kecilnya, Chef Wan membantu ibunya membuat kuih, suka belajar memasak dengan sesiapa sahaja dan ringan tulang membantu orang kampung dalam kenduri-kendara sehingga disayangi ramai.
 
“Bayangkan umur 8 – 11 tahun saya dah sustain, tanggungjawab bawa balik duit sendiri dan menjaga adik-adik memandangkan saya anak sulung sedangkan kawan-kawan sebaya hanya minta duit pada ibu bapa. 
 
“Jadi, apa yang menyebabkan saya jadi seperti hari ini adalah kerana tanggungjawab yang tergalas di bahu, lagi banyak terima dugaan atau kerja menjadikan kita semakin kuat, itu yang saya belajar. 
 
“Saya orang susah dari kecil tetapi saya rajin berusaha belajar buat kuih, perbaiki kualiti dengan ubah suai masakan namun saya sedar semua itu tidak cukup tanpa ilmu sebab knowledge is power yang akan membezakan kita dengan orang lain,” kongsinya.
 
Beliau turut dianugerahkan Best Celebrity Television Chef of the Gourmand World Cookbook Awards di Paris yang tertarik dengan pakej yang dimilikinya seperti ilmu, personaliti, pandai mengajar, bijak komunikasi, kualiti yang orang jarang ada, mencuit hati, mengadakan persembahan di seluruh dunia dan bercakap ibarat bullet train.
 
Mengulas perkembangannya, Chef Wan teruja melancong ke serata dunia menerusi rancangan Kembara Chef Wan yang disifatkannya sebagai jambatan yang menyampaikan ilmu kepada penonton sambil menyelami kebudayaan, masakan dan sejarah lokasi dikunjungi.
 
“Ada orang tanya, Chef Wan tak penat ke? Saya seronok memasak bagi saya bila ada semangat dan keyakinan kita boleh pergi jauh, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, cuma nak dengan tak nak,” ujarnya.
 
Jelasnya, untuk berjaya perlu ada sifat belas kasihan, timbang rasa, baik hati kerana bila kita buat orang lain gembira kita 10 kali lebih gembira begitu juga bila kita buat orang sedih kita akan 10 kali sedih.
 
“Jadi kalau nak berjaya kena kaya dengan kasih sayang, timbang rasa, didik anak-anak untuk buat kerja rumah bukan dengan wang, kalau bagi duit habis tetapi dengan ilmu mereka akan membesar dengan bijak dan matang,” katanya lagi.  
 
Beliau yang berkecimpung selama 27 tahun teruja apabila setiap kali menjelajah ke pelusuk dunia berebut-rebut orang makan makanan Malaysia yang hebat. 
 
“Nak masak makanan yang sedap tak boleh marah, bila happy masak mesti sedap, dan bila buat orang happy, happy tu akan datang kepada kita.
 
“Saya bangga dengan makanan warisan, kalau hilang makanan, hilanglah budaya dan segala-galanya jadi biar makanan kita berdiri sama tinggi dengan makanan negara lain,” ujar pemilik nama Datuk Dr. Redzuawan Ismail yang juga Profesor Adjung STHEM.
 
Duta masakan Malaysia turut berpesan kepada graduan agar bekerja dengan mencari ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin, belajar dengan orang yang berbeza-beza dan menempuh perjalanan tanpa short-cut. 
 
Dapoq Hangat Chef Wan satu program bual bicara berkaitan pengalaman serta petua dalam bidang masakan yang dikongsikan oleh Chef Wan sendiri selain mendedahkan prospek besar yang  terdapat dalam seni kulinari.
 
Di akhir sesi, Chef Wan membuat demonstrasi ekslusif menu pembuka selera yang mudah dan menyelerakan. 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia