Bersatu Padu Kekalkan Keamanan

Bersatu Padu Kekalkan Keamanan
UUM ONLINE: Rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu bersatu padu sebagai sebuah masyarakat yang mendukung visi perpaduan demi membina masyarakat yang moden, toleransi dan membangun ke hadapan bagi mengekalkan keamanan yang telah dikecapi selama ini.
 
Menurut Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah, seni untuk menipu dan memfitnah menggunakan media sosial dibimbangi mengancam kesejahteraan penduduk, masyarakat dan negara.
 
“Jerry D. Gray penulis buku, The Art of Deception menyatakan bahawa  Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang sangat kuat tetapi bagaimana ianya boleh berada di bawah telunjuk satu kuasa kecil iaitu Israel.
 
Begitu juga tragedi 911 atau 11 September 2001  yang menghancurkan WTC di New York dan Pentagon di Washington Amerika di mana realitinya jauh berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh kerajaan Amerika. 
 
Beliau berkata demikian ketika berkongsi ilmu dan pengalaman dengan generasi muda pada program A Political View - How Does Mass Media Affect Young Generation di Dewan Auditorium SOIS, semalam.
 
“Negara Islam diganggu oleh superpower misalnya Amerika membuat kacau di Iraq, Rusia membuat kacau di Afghanistan kerana inginkan minyak. Bila umat Islam diperangi di Palestin, Iraq dan Syria tiada siapa yang boleh menghentikan tindakan ke atas mereka.”
 
“Namun Erdogen bertuah kerana mendapat sokongan rakyat Turki sementara Syria berpecah dua iaitu penyokong dan pembangkang berperang sesama sendiri sedangkan mereka ini sama agama sama bangsa tetapi saling berbunuhan dan bergaduh antara satu sama lain.
 
Jelasnya, sebarang rampasan kuasa bukan sahaja dari dalam, tetapi ada juga kuasa luar yang mengambil kesempatan untuk menghancurkan negara dan kita tidak mahu perkara ini berlaku di negara kita.
 
“Masalah timbul apabila kita tidak bersatu dan satu percikan kecil sekalipun boleh membawa kepada kebinasaan,” katanya dalam program anjuran bersama Persatuan Sains Politik UUM dan Institute of Malaysian Political Analysis (MAPAN).  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia