Program Team Building Kukuhkan Budaya Kerja Berpasukan Staf EDC KL

Program Team Building Kukuhkan Budaya Kerja Berpasukan Staf EDC KL
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 14 April - Bagi mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan staf EDC Hotel Kuala Lumpur, satu program Team Building telah dijalankan antara pihak pengurusan dan kira-kira 50 staf EDC Hotel KL.
 
Program itu diadakan bagi membudayakan semangat kerja berpasukan dalam diri staf berkenaan bagi memastikan perkhidmatan EDC Hotel KL yang akan beroperasi mulai 15 April berada di tahap maksimum.
 
Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam ucapan aluannya berkata pihak pengurusan berazam menjadikan EDC Hotel KL sebagai hotel bertaraf 3 bintang terbaik bukan sahaja di Kuala Lumpur malahan di Malaysia.
 
"Hasrat itu mampu dicapai sekiranya kita semua sanggup bekerja sebagai satu pasukan yang mana memerlukan setiap staf untuk mempunyai semangat berkumpulan, kesetiakawanan dan saling tolak ansur," ujarnya.
 
Beliau turut berpesan agar EDC KL menitikberatkan aspek kebersihan, perkhidmatan yang baik, pantas, efisien, serta mesra pelanggan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah pada tahap terbaik dan memuaskan hati pelanggan.
 
Program Team Building itu dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) UUM, Prof Madya Hamzah Samat dan Dato' Abu Seman Awang.
 
Turut diadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat di surau EDC KL selepas solat Maghrib.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia