Kemeriahan Explorace Journalism 2018

Kemeriahan Explorace Journalism 2018
UUM ONLINE: Sekumpulan pelajar dari Kelab Kewartawanan, Unit Media dan Kreativiti, Universiti Utara Malaysia (UUM) menjayakan Explorace Journalism 2018 yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan di sekitar UUM.
 
Jurulatih Kokurikulum Kewartawanan, Dr. Nor Hasimah Ismail berkata, objektif program itu adalah untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dan pensyarah walaupun berlainan bidang pengajian.  
 
“Aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada para peserta yang rata-ratanya menunjukkan respon positif terhadap acara ini dan saya berharap agar program seperti ini dianjurkan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.     
 
Menurut Pengarah Projek Kumpulan C, Muhammad Fadhil Hanafi Zubair, program yang disertai 53 pelajar diadakan di sekitar Tasik Sime Darby untuk menjalankan aktiviti seperti Permainan Telefon Buruk, Ping Pong Run, Double Layer Game, Guess The Drawing dan Word Search. 
 
Jelasnya, corak permainan yang menghiburkan membuatkan peserta teruja apabila setiap kumpulan perlu menjaga sebutir telur sepanjang program dijalankan untuk melatih mereka erti tanggungjawab. 
 
“Semua aktiviti yang dijalankan berkaitan silibus kewartawanan yang dipelajari dalam kelas dan dapat diaplikasikan dalam bentuk permainan untuk membantu meningkatkan pemahaman sekali gus mengurangkan tekanan belajar.  
 
“Setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan diberikan kepingan gambar manakala kumpulan yang berjaya menyusun dengan cepat kepingan gambar tersebut dikira sebagai pemenang,” tambahnya.  
 
Terdahulu, kumpulan B yang terdiri daripada 60 peserta turut beraksi memburu kemenangan dalam acara yang diadakan di DKG3, SEFB, Dewan Muádzam Shah, Bangunan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun Dan Falsafah (SLCP). 
 
Pengarah projek, Muhammad Danial Aminuddin berkata, program ini dapat mengurangkan penggunaan teknologi memandangkan peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon semasa aktiviti sedang berlangsung agar kekal fokus.  
 
Ulasnya, menerusi acara yang mencabar peserta untuk bergerak pantas pada stesen pertama membabitkan permainan abjad dalam tepung dan setiap peserta perlu meniup tepung mencari abjad mengikut soalan yang dipilih.   
 
Di stesen kedua iaitu soal jawab, peserta memilih soalan berkaitan dengan berita dan menjawab dengan cepat diikuti peserta Aksi, Tongue Twister dan stesen terakhir ialah Pancing Botol. 
 
“Mahasiswa juga dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana aktiviti memerlukan para peserta berlari pantas ke setiap stesen bagi menyempurnakan misi yang diberikan dan mengharungi semua stesen. 
 
“Aktiviti ini dapat menguji daya minda seseorang mahasiswa supaya cekap mengatur langkah dan dapat diaplikasikan dalam kuliah diharapkan dapat menambah nilai murni jati diri serta semangat kerjasama dalam kumpulan,” ujarnya.
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia