Retreat Khas Pengurusan Beri Input Kajian Kes Bantu Mantapkan UUM

Retreat Khas Pengurusan Beri Input Kajian Kes Bantu Mantapkan UUM
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 17 April - Retreat Khas Pengurusan UUM diharap menjadi medan kepada peserta untuk menjana input dari kajian kes Harvard bagi membantu merealisasikan hasrat UUM menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.
 
Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sepanjang retreat tersebut, pelbagai kajian kes Harvard akan dibincangkan supaya peserta terdiri penjawat utama universiti tidak terlalu asing dengan terma yang digunapakai hasil perkongsian bersama penceramah.
 
Menurutnya, mereka akan didedahkan dengan prosedur atau peraturan tertentu termasuk pengurusan kewangan dan pentadbiran yang mungkin sebahagiannya belum menerima pendedahan dan mempunyai pengalaman.
 
“Saya berharap semua yang terlibat memperoleh input berguna dalam kajian kes dibincangkan ini dan mengubahnya kepada tindakan,” katanya pada Retreat Khas Pengurusan UUM di EDC Hotel Kuala Lumpur, pagi ini.
 
Seramai 57 peserta terdiri Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Dekan-dekan dan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyertai Retreat Khas Pengurusan selama tiga hari mulai 16 hingga 18 April ini.
 
Retreat bertujuan membina pasukan kerja dalam kalangan penjawat utama universiti yang mantap dan sentiasa dinamik terhadap sebarang perubahan dan cabaran.
 
Selain itu, membentuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme dalam kalangan penjawat utama serta menerapkan nilai budaya kerja cemerlang supaya perkhidmatan diberikan cekap dan berkesan.
 
Lima puluh tujuh penjawat utama berkenaan memulakan perjalanan dari utara menaiki ETS dan disambut di hotel baharu anak syarikat UUM, seterusnya diberikan taklimat tentang retreat oleh Pemangku Pendaftar, Baharudin Yaacob, malam tadi.
 
Kemudian, mereka meneruskan aktiviti dengan perbincangan kumpulan kajian kes. 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia