Jadi Pemimpin Beri Aspirasi Bangunkan Organisasi

Jadi Pemimpin Beri Aspirasi Bangunkan Organisasi
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 17 April - Seorang pemimpin tidak sepatutnya menjadi seperti dinosaurs atau Superman dan tidak boleh menjadi ‘Boss’ dalam menerajui organisasi.
 
Demikian perkongsian Pengerusi LPU UUM, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir dalam syarahannya bertajuk ‘Kepimpinan Dalam Pengurusan Organisasi’ bersama penjawat utama universiti pada Retreat Khas Pengurusan UUM di EDC Hotel Kuala Lumpur, hari ini.
 
Katanya, seorang pemimpin juga tidak boleh menjadi persis pemenang anugerah Oscar yang primadona dan mengambil kredit atas hasil kerja orang lain serta mengaut keuntungan sendirian.
 
“Kepimpinan adalah untuk memberi aspirasi dan membolehkan orang lain melakukan sesuatu yang terbaik bersama-sama dan sedar makna perkongsian ganjaran tersebut.
 
“Pemimpin tidak boleh melakukan kerja atau membuat keputusan sendiri seolah-olah mereka ‘Profesor Serba Tau’ atau terlalu mengawal.
 
“Sehubungan itu, menjadi seorang pemimpin harus realistik, mempunyai visi, sanggup mengambil risiko, pengubah corak permainan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua orang,” katanya.
 
Dalam syarahan itu, beliau menfokuskan kepada peranan dan cabaran dalam kepimpinan; kepimpinan yang pintar, bijak dan hebat; pembangunan kepimpinan; transformasi dunia dan impak perubahan kepada kepimpinan universiti.
 
Ujar beliau, warga universiti harus memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada sekarang, selain tidak hanya menjadi ‘passenger’ sahaja dalam mengemudi universiti supaya dapat merealisasikan hasrat menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka bukan dalam negara semata-mata tetapi dunia.
 
“Semua harus menjadi pemandu dan berjuang bersama-sama untuk menjadi yang terbaik.
 
“Kita sasarkan untuk mencapai bulan, jika tidak dapat sekurang-kurangnya berada di atas pokok,” kata beliau lagi.
 
Di akhir syarahan, Tan Sri Siti Sa’diah berkongsi lima prinsipnya iaitu Keupayaan (Kecekapan Kepimpinan), Komitmen (Tumpuan Pada Matlamat), Pembelajaran Berterusan (Galak Pengetahuan), Kreativiti (Melebihi Ramalan) dan Penyelarasan (Keseimbangan Mengikut Keperluan).
 
Sesi retreat diteruskan dengan kajian kes: Gucci Group N.V (A) bersama Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.
 
Kemudian, diikuti dengan ceramah tentang kewangan dan perakaunan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad dan Pengarah Kanan Jabatan Enterprise dan Penjanaan Kewangan Universiti, Prof Dr Mohd Amy Azhar Mohd Harif.
 
Sebelah malam, ceramah bersama Bendahari, Amron Man, diikuti kajian kes bertajuk Jan Carlzon oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim.
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia