Retreat Khas Pengurusan Bina Kekuatan Sedia Ada Penjawat Utama

Retreat Khas Pengurusan Bina Kekuatan Sedia Ada Penjawat Utama
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 18 April - Pendekatan menganjurkan Retreat Khas Pengurusan UUM adalah langkah signifikan dalam membangunkan universiti secara kompetitif.
 
Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, retreat tersebut sangat baik dalam konteks membina kekuatan sedia ada dalam kalangan penjawat utama UUM.
 
Menurutnya, kini UUM berada dalam Pelan Strategik Fasa 2, justerus pendekatan ini dan perbincangan tentang tiga kajian kes untuk membangunkan organisasi adalah bertepatan.
 
“Semua penjawat utama terlibat dapat memahami bagaimana cara membawa universiti ini ke peringkat seterusnya dengan mengambil contoh dari kajian kes berkenaan yang dikendalikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.
 
“Selain itu, kita diberi pendedahan dengan satu pendekatan iaitu apa yang hendak dilakukan harus secara berpasukan dan retreat ini telah mengeratkan hubungan sesama penjawat utama,” katanya pada hari terakhir Retreat Khas Pengurusan UUM di EDC Hotel Kuala Lumpur, hari ini.
 
Tambah beliau, untuk bergerak ke hadapan, perlu ada hubungan yang baik dengan kepimpinan dan ia akan membawa kepada satu cara kerja yang lebih kemas apabila semua faham peranan masing-masing.
 
Mengulas tentang hasil lawatan di EDC Hotel Kuala Lumpur, Prof Dr Haim Hilman menzahirkan rasa bangga kerana UUM menjadi sebuah universiti perniagaan yang bergerak seiring dengan keperluan pendidikan dan industri.
 
Katanya yang juga Dekan SBM, hotel baharu anak syarikat UUM itu mempunyai potensi besar berkembang maju walaupun hotel bertaraf tiga bintang, tetapi kemudahan dan perkhidmatan disediakan boleh mencapai taraf lima bintang.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik, Zamri Ahmad berkata, retreat yang dianjurkan itu sangat membantu pasukan UUM khususnya penjawat utama ke arah merealisasikan hasrat menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.
 
Ujarnya, banyak ilmu diperoleh melalui perbincangan dalam kajian kes diberi bagi memantapkan lagi pengurusan kepimpinan organisasi.
 
Terdahulu, Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak mengadakan sesi kajian kes Anne Mulcahy: Leading Xerox Through The Perfect Storm (A) yang melalui cabaran sehingga berjaya memulihkan Xerox yang menghadapi kemungkinan muflis.
 
Selain itu, Naib Canselor turut berkongsi tentang prinsip Sun Tzu dalam The Art Of War, diikuti pembentangan kumpulan.
 
Retreat selama tiga hari itu berakhir selepas sesi maklum balas hasil lawatan di EDC Hotel Kuala Lumpur dan kepulangan penjawat utama UUM menaiki ETS dari KL Sentral ke Perlis.
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia