Program Kokurikulum Bangunkan Perwatakan Pelajar

Program Kokurikulum Bangunkan Perwatakan Pelajar
UUM ONLINE:  22 April - Pementasan teater Ranjau Sepanjang Jalan oleh pelajar Seni Lakon, Seni Suara, Seni Tari dan Seni Muzik, Pusat Kokurikulum di Dewan Mu'adzam Shah, malam tadi mengakhiri Hari Kokurikulum 2018.
 
Pementasan teater tersebut turut disaksikan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, sekali gus merasmikan Majlis Penutup Hari Kokurikulum yang berlangsung selama sehari itu.
 
Dalam ucapan Naib Canselor berkata, semua pelajar harus bersyukur dan berterima kasih kerana melalui program kokurikulum itu, mereka dapat mendapat peluang mempelajari kemahiran baharu yang tidak diajar dalam dewan kuliah dan ia secara tidak langsung memberi satu nilai tambah kepada pelajar.
 
"Tanpa program kokurikulum ini, tiadalah pementasan teater Ranjau Sepanjang Jalan, persembahan koir atau Hari Kokurikulum 2018 seperti yang berlangsung hari ini (semalam).
 
"Program atau kursus kokurikulum ini sebenarnya membangunkan perwatakan pelajar kerana ia berkait rapat dengan karakter yang akan lebih memberi kesan atau kekal lama dalam diri masing-masing berbanding apa yang dipelajari melalui penglihatan dan pendengaran semata-mata," ujarnya.
 
Tambah beliau, pelajar akan sedar apabila meningkat dewasa, lebih-lebih lagi apabila sudah berkerjaya bahawa program kokurikulum itu banyak membentuk sikap keperibadian dan jati diri.
 
Katanya, di negara-negara maju, banyak pementasan teater atau persembahan oleh pelajar universiti dan sekolah dijayakan di panggung setiap bandar dan UUM bertuah kerana mempunyai dewan yang membolehkan persembahan pelajar dijalankan dalam skala kecil.
 
"Saya berharap Pusat Kokurikulum dapat menganjurkan program sebegini pada setiap tahun dengan lebih banyak persembahan menarik dan lebih baik sekiranya dilakukan dengan latihan rapi dan bersungguh-sungguh," ujarnya.
 
Ranjau Sepanjang Jalan merupakan karya Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dato' Dr Shahnon Ahmad yang berkisarkan tentang kisah benar yang berlaku di Banggol Dedap, Sik, Kedah.
 
Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof Madya Dr Hussin Abdullah berkata, pementasan teater dan beberapa program kokurikulum ini memperlihatkan kreativiti dan kebolehan insaniah yang dipelajari pelajar sepanjang tempoh kursus tersebut dijalankan.
 
Hari Kokurikulum UUM 2018 diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, jualan dan persembahan menarik oleh mahasiswa di Pusat Kokurikulum UUM.
 
Turut diadakan Senamrobik Warga Kampus Bersama Pelajar Kokurikulum, Pelancaran Kayuhan Basikal Letrik Mengelilingi Kampus, Demonstrasi Unit Beruniform Kokurikulum dan Unit Seni Bela Diri.
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia