Islamic Festival Erat Persaudaraan, Kesatuan  

Islamic Festival Erat Persaudaraan, Kesatuan
UUM ONLINE: 22 April - Hiburan dan kebudayaan berlandaskan syariat Islam meriah yang mendidik jiwa dapat memupuk penghayatan nilai-nilai Islam sempena Program Islamic Festival 2018 yang berlangsung di Masjid Sultan Badlishah, UUM, semalam.
 
Membariskan Kumpulan Hijjaz, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre, Dai Afiqah dan Ustaz Shah Shanmuga majlis digemakan dengan Malam Amal Bersama Hijjaz, Malam Cinta Rasul, Muslimah Yang Dirindukan Syurga selain 
 
Pelbagai aktiviti menarik di pameran, jualan, gerai dan food truck.
 
Majlis Perasmian Penutup Program Islamic Festival 2018 disempurnakan oleh  Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharom.
 
Menurutnya, usaha ini penting bagi membuktikan bahawa Islam bukan semata-mata ibadah di masjid dan surau semata-mata tetapi juga Islam merupakan pelengkap kepada kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat.
 
Program Islamic Festival UUM 2018 merupakan satu platform untuk membina ikatan persaudaraan di samping mengimarahkan masjid sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.  
 
“Persaudaraan satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.
 
“Ikatan persaudaraan membina kesatuan umat Islam dan tanpa kesatuan kemajuan umat Islam diancam dan menjadikan umat Islam tidak mampu berdaya saing dalam kehidupan yang   mencabar.  
 
Pada masa sama ucapnya, umat Islam turut diancam dengan unsur luar semasa yang boleh menggugat kehidupan beragama melalui serangan ke atas akhlak dan pemikiran mereka. 
 
Untuk menghadapi cabaran ini tambahnya, faktor utama yang perlu ada ialah kesatuan di mana pelbagai cara digunakan dalam mencari titik kesatuan salah satunya faktor agama cara yang asas.
 
“Agama Islam mengikat kesatuan umat Islam dengan satu akidah dan matlamat iaitu mencari keredaan Allah dan sebagai muslim kita perlu berpegang dengan agama Islam dan jangan berpecah belah. 
 
“Sebagai umat majoriti dalam negara kita, kesatuan ini bukan sahaja memperkasakan jati diri, bahkan menjadi ejen kepada kemakmuran negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum. 
 
“Ini kerana kesatuan umat yang diteraskan atas asas menjunjung perintah Allah SWT akan memberi hak yang adil kepada semua orang,” ujarnya.
 
Pengarah Program, Tamilarrasan Muniandy berkata, festival ini melahirkan mahasiswa yang seimbang dunia dan akhirat selain menyediakan satu platform kepada mahasiwa untuk mengasah bakat kepimpinan dan keusahawanan.
 
“Kita sering dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan, kali ini kita mahu mengajak kawan-kawan mengenal kesenian dan kebudayaan berteraskan Islam sambil mendapat ilmu sebagai panduan berguna.
 
“Dengan adanya program ini mahasiswa lebih prihatin tentang aspek hiburan, kesenian dan kebudayaan yang  diredai Allah di samping membina hubungan di kalangan umat Islam dan bukan Islam,” ujarnya pada program anjuran Kelab PERKIM UUM dan Pusat Islam.    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia