HIMPU 2018 Cetus Inspirasi, Raikan Kejayaan

HIMPU 2018 Cetus Inspirasi, Raikan Kejayaan
UUM ONLINE: 23 April -  Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti 2018 (HIMPU) menjadi platform terbaik dalam meningkatkan motivasi pekerja ke arah kecemerlangan universiti sekali gus membentuk pekerja yang holistik.
 
Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia, Dato’ Seri Amar Diraja Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Osman Aroff mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Kecemerlangan Khas dan Anugerah Khas.  
 
“Hari ini merupakan hari kemuncak bagi warga UUM yang telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tahun 2017. 
 
“Majlis yang diadakan khas untuk meraikan kejayaan kakitangan yang cemerlang serta pemenang bagi anugerah Penyelidikan, Penerbitan, Pengajaran, Pembelajaran, Inovasi dan Kualiti ini amat bermakna bukan sahaja kepada pemenang secara individu atau jabatan tetapi merupakan puncak kejayaan sesebuah organisasi.  
 
“Saya berharap pengiktirafan ini memberi suntikan semangat untuk terus berusaha gigih bagi mengharumkan nama UUM sehingga ke peringkat antarabangsa selaras dengan visinya untuk menjadi sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka,” katanya di Dewan Mu’adzam Shah UUM, pagi tadi. 
 
Selain itu ucapnya, di era revolusi industri keempat ini, saiz sesebuah organisasi bukan jaminan utama. Ketangkasan sesebuah organisasi menjadi kunci keberhasilan untuk meraih prestasi dengan cepat.
 
“Universiti juga harus memanfaatkan kemunculan teknologi Data Raya (Big Data), iaitu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet.
 
“Pelbagai jenis data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai,” ujarnya. 
 
Jelasnya, perkembangan fenomena Data Raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baru dan membuka ruang khususnya kepada institusi pengajian tinggi untuk sama-sama meningkatkan kualiti perkhidmatan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. 
 
Dalam pada itu, kegembiraan berganda buat pensyarah UUM, Dr. Mardzelah Makhsin dan Dr. Nurulwahida Azid @ Aziz apabila dikurniakan Anugerah Inovasi Terbaik dan Anugerah Harta Intelek UUM.  
 
Menurut Mardzelah, anugerah tersebut suatu pencapaian cemerlang dalam mengetengahkan idea kreatif  dengan menyokong agenda Institusi Pengajian Tinggi dalam Revolusi Industri 4.0 menerusi inovasi teknologi industri baru serta mewujudkan ekosistem harta intelek.  
 
“Alhamdulillah, terima kasih kepada UUM, kejayaan dalam kehidupan adalah anugerah Allah yang merupakan tanggungjawab dalam melestarikan kebaktian demi ummah dan negara. 
 
Ulasnya, kehidupan sebagai memenuhi kepatuhan demi ketaqwaan kepada Allah dalam usaha mendidik seseorang insan berpandukan al-Quran dan sunah agar seimbang dalam segenap aspek pembangunan diri dengan keperibadian mulia dan membawa kebaikan sejagat.
 
Ujarnya, Allah telah kirimkan sifat al-Rahman dan al-Rahim buat para murabbi, muaddib, mursyid, muddaris dan mualim untuk mendidik manusia mengenali Pencipta yang Hakiki.
 
“Dalam jiwa para pendidik telah ditanamkan dengan sifat kasih sayang agar anak-anak kecil yang dilahirkan dibela dan dipelihara dengan sebaiknya di bawah pengawasan Allah. 
 
“Oleh itu, sifat kasih sayang adalah kunci dalam mengabdikan kebaktian kepada Allah menerusi kerjaya sebagai pendidik universiti,” tambahnya. 
 
Bagaimanapun dalam kerjaya, manusia sering kali dikaburi dengan budaya persaingan yang sering kali disalah tafsir mendorong kepada sifat individualistik dan materialistik. 
 
“Namun sifat kasih sayang mampu membina kekuatan dalam teamwork bagi mencapai kejayaan dalam sesebuah organisasi. Apatah lagi sebagai pendidik, sifat kasih sayang seharusnya menjadi keutamaan dalam membina personaliti pelajar dan persekitaran yang harmonis bersama rakan sekerja. 
 
“Berfikir dan bertindak secara positif adalah kunci dalam menghadapi cabaran khususnya dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, sebagai anak kepada ibu bapa,sebagai kakak kepada adik-adik, sebagai isteri kepada suami, sebagai ibu kepada anak-anak dan  sebagai pekerja kepada majikan,” katanya.
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia