Kerjasama UUM-PPPM Buka Peluang Capai Matlamat Dasar Pendidikan Negara

Kerjasama UUM-PPPM Buka Peluang Capai Matlamat Dasar Pendidikan Negara
UUM ONLINE: 26 April - Kejayaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bakal membuka peluang dan ruang antara kedua-dua pihak dalam mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
 
MoA yang ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad mewakili Naib Canselor dan Pengerusi PPPM, Yahaya Jaafar itu membuka peluang kepada golongan penolong pegawai Perubatan yang layak untuk menyambung pengajian bagi program Sarjana Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MSc. OSHM).
 
Prof Dr Ayoib yang mewakili Naib Canselor berkata, kewujudan program itu secara tidak langsung membolehkan kumpulan sokongan berkenaan untuk membangunkan kendiri dan kemajuan kerjaya masing-masing, selain membantu ke arah menjayakan Transformasi Nasional 50 (TN50) dan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dalam membentuk masyarakat berilmu.
 
"Kumpulan kohort 1 terdiri seramai 27 pelajar telah memulakan sesi pengajian pada Februari lalu di Ayer Keroh, Melaka, manakala satu lagi kumpulan memulakan pengajian mereka di Sintok pada September tahun lalu melibatkan 20 pelajar.
 
"Dengan jalinan kerjasama ini, dijangka jumlah pelajar yang akan mengikuti program ditawarkan akan semakin bertambah dari semasa ke semasa, malah mereka juga akan mengadakan sesi 'Ziarah Kampus UUM' mulai esok bagi mengenali kampus ini dengan lebih dekat," katanya.
 
Beliau berkata, kegigihan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan PPPM dalam melaksanakan tanggungjawab itu diharap dapat memberi impak tinggi kepada Pendidikan Negara.
 
Sementara itu, Pengerusi PPPM, Yahaya Jaafar berkata, pemeteraian MoA itu adalah sangat signifikan dengan tugas dan tanggungjawab penolong pegawai perubatan yang terlibat dan ia adalah satu permulaan untuk mengorak langkah yang lebih jauh.
 
Menurutnya, beliau percaya melalui pendidikan bukan sahaja dapat menambah ilmu dan kemahiran, malah boleh mengubah cara pemikiran seseorang, selain mencabar kemampuan diri mereka untuk belajar ketika sedang bekerja.
 
Pemeteraian MoA itu turut disaksikan Dekan SBM yang juga Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof Dr Haim Hilman Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dato' Dr Norhizan Ismail.
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia