Lawatan EPAS Peer Review Team Berakhir

Lawatan EPAS Peer Review Team Berakhir
UUM ONLINE: 26 April - Selepas melalui proses penilaian selama dua hari, lawatan EPAS (EFMD Programme Accreditation System) Peer Review Team (PRT) menutup tirainya hari ini.
 
Lawatan PRT yang berlangsung mulai 24 hingga 25 April itu dijalankan bagi menilai program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda (Sistem Maklumat) yang ditawarkan di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM).
 
Penilaian PRT diketuai oleh Dr Alan Blackburn, bersama tiga lagi ahli iaitu Prof Dr Stefan Kayser, Prof Madya Dr Assadaporn Sapsomboon dan Prof Madya Dr Tatiana Garanina.
 
Majlis penutup lawatan EPAS PRT telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim.
 
Pada majlis itu, Dr Alan Blackburn memberi rumusan secara terperinci hasil penemuan daripada penilaian yang telah dijalankan.
 
"Proses seterusnya adalah kami akan menyediakan laporan hasil penilaian kepada European Foundation for Management Development (EFMD) dan akan mengembalikan laporan tersebut yang mengandungi cadangan dan komen kepada UUM, sebelum dikeluarkan laporan akhir," ujarnya.
 
EPAS adalah sistem akreditasi program pengajian yang dikendalikan EFMD bertujuan menilai program perniagaan atau/dan pengurusan yang mempunyai perspektif antarabangsa untuk menentukan kualiti bagi mendapat pengiktirafan.
 
Proses ini melibatkan peninjauan mendalam melalui perbandingan antarabangsa dan penanda aras yang mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk kedudukan pasaran program terbabit di peringkat nasional dan antarabangsa, kedudukan strategik program dalam institusinya dan proses reka bentuk termasuk penilaian keperluan pihak berkepentingan (stakeholder) - terutamanya pelajar dan majikan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia