Penglibatan Aktif UUM Dalam Pembangunan Mampan Diiktiraf Dunia

Penglibatan Aktif UUM Dalam Pembangunan Mampan Diiktiraf Dunia
UUM ONLINE: Pembangunan mampan (sustainable development) yang sentiasa diamalkan di setiap pentadbiran di Universiti Utara Malaysia (UUM) mendapat pengiktirafan dunia apabila terpilih sebagai penerima “The Green Era Award for Sustainability” oleh Other Ways Association, Management & Consulting” sebuah organisasi yang berpangkalan di Perancis.
 
Anugerah ini diberi atas penglibatan UUM sebagai institusi yang aktif dalam pembangunan mampan.
 
Pengarah Institut Pengurusan Kualiti, Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf telah menerima anugerah ini bagi pihak Naib Canselor dalam sebuah majlis yang diadakan di Berlin, Jerman.
 
"Diharap anugerah ini akan menggalakkan warga UUM untuk terus menyokong pembangunan mampan yang mampu menjulang nama UUM di persada dunia," ujarnya.
 
Selain UUM, wakil dari Malaysia adalah Majlis Pembandaran Kelang (MPK) yang turut menerima anugerah sama. 
 
Universti Malaya juga pernah menerima anugerah berkenaan pada tahun 2017.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia