Naib Canselor Terima Dua Kunjungan Hormat

Naib Canselor Terima Dua Kunjungan Hormat
UUM ONLINE: 29 April - Naib Canselor, Prof Dato Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak sempat meluangkan masa menerima kunjungan hormat daripada dua tetamu kehormatnya di Balai Tamu hari ini.
 
Kunjungan hormat berkenaan dimulai dengan kunjungan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Richard Malanjum yang juga Profesor Adjung di Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL) UUM.
 
Kehadiran beliau ke UUM adalah sempena Bengkel Amalan Profesional 2018 bersama mahasiswa undang-undang UUM  anjuran SOL dan Persatuan Mahasiswa Undang-Undang UUM (LAWSOC).
 
Naib Canselor kemudiannya menerima kunjungan hormat Pengarah Sumber Manusia Kluster (Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia & Brunei) Pfizer, Shazmi Ali Sardar Ali.
 
Beliau yang merupakan alumni UUM itu berada di Universiti ini bagi menjayakan program Lawatan Sehari Alumni UUM anjuran PPACOB dengan kerjasama Pusat Alumni dan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM)
 
Lawatan itu diisi dengan pelbagai aktiviti bersama pelajar dan staf antaranya Alumni Premier Lecture, Program bersama Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, SBM dan Majlis Hi-Tea bersama Pemimpin Badan Pelajar dan ahli Beta Gamma Sigma (BGS).
 
Shazmi turut menyampaikan Mock Cheque Tajaan Biasiswa Pelajar UUMCOB berjumlah RM48,000 sumbangan peribadi beliau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia