Alumni UUM Kongsi Pengalaman Bangunkan Pemimpin Masa Hadapan

Alumni UUM Kongsi Pengalaman Bangunkan Pemimpin Masa Hadapan
UUM ONLINE: 30 April - Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Shazmi Ali Sardar Ali telah berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai pembangunan pemimpin masa hadapan dari perspektif sumber manusia bersama mahasiswa UUM di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen semalam. 
 
Syarahan Perdana Alumni bertajuk Developing Holistic Future Leaders: A Global HR Perspective diadakan sempena program lawatan sehari beliau ke UUM anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, College Of Business dengan kerjasama Pusat Alumni dan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan.
 
Beliau merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia UUM dan berpengalaman luas dalam bidang sumber manusia dan kini merupakan Pengarah Sumber Manusia Kluster (Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia & Brunei) syarikat biofarmaseutikal terkemuka dunia berusia 150 tahun, Pfizer.
 
Dalam syarahannya itu beliau antara lain berkongsi karier awalnya dalam bidang sumber manusia di pelbagai syarikat terkemuka.
 
Selain itu beliau turut berkongsi mengenai ciri-ciri pemimpin masa hadapan yang memerlukan seseorang itu untuk lasak, tangkas, mempunyai kemampuan untuk belajar perkara baharu, mempunyai minda global, membangunkan rakan kongsi dan tidak mudah putus asa.
 
Turut diadakan sesi soal jawab bersama mahasiswa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia