Pensyarah UUM Dahului 114 Pesaing Dalam iCompEx’18

Pensyarah UUM Dahului 114 Pesaing Dalam iCompEx’18
UUM ONLINE: Produk penyelidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Multiple Intelligences & Thinking Skills Activity Flip Module berjaya merangkul pingat emas dan hadiah inovasi terbaik pada Pertandingan Inovasi dan Pameran Peringkat Kebangsaan 2018 (iCompEx’18) di Dewan Wawasan Jitra Kedah.
 
Kemenangan itu melayakkan Felo penyelidik Institute of Excellence Teachers & Leaders in Education, Dr. Nurulwahida Azid @ Aziz membawa pulang cek bernilai RM700 dan Piala Kristal selepas mendahului 114 pesaing bagi kluster pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai jabatan serta institusi pengajian seluruh negara. 
 
“Multiple Intelligences & Thinking Skills Activities Flip Module merupakan interactive pedagogic tool yang dibangunkan untuk merangsang tujuh jenis kecerdasan pelbagai  di samping mengasah kemahiran berfikir analitikal, kreatif, praktikal serta kemahiran menyelesaikan masalah. 
 
“Ketiga-tiga variabel diukur melalui aktiviti penyelesaian masalah berdasarkan hasil pembelajaran yang dinyatakan dengan jelas bagi setiap unit,” ujarnya pada anjuran Polimas, Kedah.
 
Tambahnya, aplikasi ini mengandungi tujuh unit yang mewakili tujuh jenis kecerdasan pelbagai dan tiga sub unit yang mewakili tiga jenis kemahiran berfikir. 
 
Setiap aktiviti yang dibangunkan berlandaskan Multiple Intelligences Theory (Gardner, 1983), Successful Intelligences Theory (Sternberg, 1985) dan Problem Solving Inventory (Soliman, 2014). 
 
Aktiviti penyelesaian masalah yang dibangunkan berdasarkan kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, ruang visual, kinestatik, muzik, interpersonal dan intrapersonal. 
 
Aktiviti penyelesaian masalah melibatkan kemahiran penulisan dan berfikir secara analitikal, kreatif dan praktikal yang boleh diselesaikan secara individu dan berkumpulan.  
 
Aktiviti disusun berdasarkan contructive allingment dan outcomes based education yang mengukur hasil pembelajaran, aktiviti pembelajaran, bahan yang diperlukan, maklum balas aktiviti dan kesimpulan secara sistematik. 
 
Aplikasi dibangunakan menggunakan Flip PDF Professionals Application berdasarkan Model ADDIE (Branch, 2005). Model ADDIE melibatkan lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.  
 
Hasil kajian secara mixed method di dua MRSM, tiga rumah anak yatim di Perlis dan tiga sekolah di Kota Bharu Kelantan menunjukkan peningkatan yang baik dalam skor ujian pasca kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berbanding ujian pra. 
 
Manakala hasil temu bual guru dan pelajar di semua sekolah yang menggunakan aplikasi ini menunjukkan maklum balas positif terhadap pembinaan Multiple Intelligences & Thinking Skills Activities Flip Module. 
 
Malah guru dan pelajar bersetuju bahawa aplikasi ini menguji kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir pelajar melalui aktiviti penyelesaian masalah selain mencadangkan agar aplikasi ini digunakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia