Pemeteraian MoU Dekatkan UUM-KASU, Nigeria

Pemeteraian MoU Dekatkan UUM-KASU, Nigeria
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 4 Mei  - Berlainan benua tidak menghalang Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjalinkan kerjasama dengan Kaduna State University (KASU), Nigeria dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua universiti tersebut.
 
UUM yang diwakili Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, manakala KASU diwakili Naib Canselornya, Prof Muhammad Tanko telah menandatangani MoU itu di EDC Hotel Kuala Lumpur, semalam.
 
Naib Canselor berkata, UUM perlu mengadakan lebih banyak jalinan kerjasama dengan universiti dari negara Afrika bagi manfaat kedua pihak.
 
“Kita mempunyai hubungan yang baik dengan negara itu walaupun jarak kedua negara sangat jauh, namun ia tidak patut dijadikan masalah.
 
“Yang penting, kedua universiti mendapat manfaat bersama hasil kerjasama dalam pendidikan tinggi yang kini semakin pesat berkembang dan penuh mencabar,” katanya.
 
Tambahnya, walaupun KASU merupakan universiti yang masih baharu tetapi ia bukan satu isu untuk tidak boleh bekerjasama, asalkan ia memberi manfaat.
 
Beliau berkata, MoU tersebut akan meliputi kerjasama dalam bidang penyelidikan bersama melalui geran padanan, penerbitan, peluang pengajaran untuk staf akademik menerusi program pertukaran staf dan juga program mobiliti pelajar.
 
Sementara itu, Prof Muhammad Tanko berkata, walaupun KASU adalah sebuah universiti yang kecil dan masih baharu, tetapi beliau mahu universiti itu dikenali di persada dunia.
 
Menurutnya, beliau gembira apabila dapat menjalinkan kerjasama dengan UUM yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa.
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia