Forum Kripto 1: Asas Dan Isu Kupas Fenomena Mata Wang Digital

Forum Kripto 1: Asas Dan Isu Kupas Fenomena Mata Wang Digital
UUM ONLINE: 6 Mei - Apa itu Kripto? Blockchain? Bitcoin? Bersama dua panel khas iaitu Penganalisa Ekonomi, Muhammad Kamaruzaman Ariff dan Jason Chew, Penasihat Celebrus mengupas asas dan isu tentang fenomena tersebut yang semakin berkembang pesat sejak 10 tahun lalu dalam Forum Kripto 1: Asas dan Isu.
 
Forum anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) itu dikendalikan Pensyarah, Muhammad Ridhuan Bos Abdullah sebagai moderator di Dewan Seminar Pusat Islam, pagi tadi.
 
Muhammad Kamaruzaman berkata, kripto adalah mata wang digital yang semakin diterima pakai oleh semua orang dalam perdagangan dan contoh mata wang kripto ialah Bitcoin.
 
Menurutnya, mata wang kripto itu adalah satu perdagangan wang maya yang hanya diketahui penjual dan pembeli yang mana ia membolehkan penggunanya berurusan terus dengan individu tanpa perlu melalui institusi kewangan. 
 
Bagaimanapun, katanya, penggunaan mata wang kripto itu tetap mempunyai risikonya kepada pengguna untuk mengalami kerugian termasuk menjadi mangsa skim penipuan.
 
Beliau turut menghuraikan perbezaan antara mata wang maya dan wang elektronik.
 
Sementara itu, Jason mengupas tentang blockchain iaitu satu sistem lejar elektronik awam yang menyimpan database pengguna. 
 
"Data ini meliputi segala aspek termasuk maklumat individu, status kewangan, status kesihatan dan sebagainya.
 
"Bitcoin adalah matawang digital yang beroperasi dibawah sistem blockchain. Matawang digital ini menjadi perantara pengguna dalam melakukan urusan transaksi secara terus dan selamat menerusi sistemnya," katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia