I-RIA 2018 Pamer Ciptaan Kreatif Dan Inovatif

I-RIA 2018 Pamer Ciptaan Kreatif Dan Inovatif
UUM ONLINE: 8 Mei - Innovative Research, Invention & Application Exhibition 2018 (I-RIA 2018) Kali kelima yang berlangsung selama dua hari mempamerkan reka cipta kreatif dan inovatif di Dewan Muádzam Shah, UUM. 
  
Dengan mengangkat tema Harnessing Technology for Revolution Industrial 4.0 (IR 4.0), I-RIA 2018 dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif  MyEG Services Berhad yang juga Profesor Adjung UUM, Dato’ Raja Munir Shah Raja Mustapha, semalam. 
 
Jelasnya, I-RIA diadakan bertujuan untuk menyediakan tempat yang ideal untuk pencipta, pereka dan usahawan untuk mempamerkan ciptaan, idea, prototaip, produk dan reka bentuk terbaru mereka kepada para pelabur, pengilang, pengedar dan pemasar yang mencari idea baru.  
 
Ujarnya, sejak 2015, I-RIA telah berkembang menjadi pameran kebangsaan yang diiktiraf di Malaysia dan saya gembira melihat peserta dari industri, agensi kerajaan dan akademik berada di sini untuk membincangkan pelbagai topik berkaitan IR 4.0.
 
“Saya percaya pameran penting ini tidak mungkin dilakukan tanpa kerjasama dan sokongan kuat daripada pelbagai pihak, tahniah kepada School of Computing serta semua yang terlibat.    
 
“Saya benar-benar berharap pameran ini akan menjadi asas untuk membentuk masa depan teknologi di Malaysia untuk menyediakan negara kita ke arah Revolusi Perindustrian Keempat,” ucapnya.
 
Manakala Pengarah projek I-RIA 2018, Dr. Amran Ahmad berkata, pada kali ini I-RIA menerima hampir 200 peserta dari seluruh negara termasuk institusi pendidikan tinggi, sekolah, agensi dan individu untuk mempamerkan produk inovatif dalam pelbagai kategori dan produk.
 
“Produk inovatif berasal daripada minda inovasi yang dikenali sebagai penciptaan dan sikap penciptaan harus digilap seawal tahap sekolah menengah, menengah seterusnya peringkat universiti. 
 
“Minda yang hebat akan menghasilkan idea hebat yang menyumbang kepada ciptaan yang berprestij.
 
“Saya berharap I-RIA sebagai platform untuk melahirkan bakat muda dalam menyokong negara dengan perkhidmatan yang lebih cekap,” katanya. 
 
Siswa Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat), Mohamad Fazuan Mohd Wafat, berjaya mencipta aplikasi Biketracker yang menggunakan telefon pintar berasaskan aplikasi android.
 
“Aplikasi Biketracker dicipta untuk mengesan kedudukan penunggang basikal menariknya, sekiranya peranti ini terjatuh satu pesanan ringkas (SMS) akan dihantar kepada kenalan yang pengguna aplikasi ini simpan di dalamnya,” kongsinya. 
  
Menurutnya, idea tercetus apabila rakannya mengalami masalah ketika sedang menunggang basikal sedangkan dia tidak tahu di mana rakannya berada.  
 
Fazuan yang sukakan cabaran dan perkara baharu terus mempelajari bahasa Android dengan mendalam beberapa bulan seterusnya pada awal semester 6 barulah anak muda berusia 22 tahun ini memulakan projek aplikasi mereka cipta.  
 
“Perkara yang diperlukan untuk berjaya dalam reka cipta ialah sikap ingin tahu, kreatif, suka menjadi lain dari yang lain yang sangat membantu semasa dalam proses penciptaan kerana akan menunjukkan identiti sebenar seorang pereka cipta,” luahnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia