Empat Pemain Golf UUM Wakili Negara Ke WUC 2018

Empat Pemain Golf UUM Wakili Negara Ke WUC 2018
UUM ONLINE: Empat pemain golf Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal mewakili negara ke Kejohanan Golf Universiti Dunia (WUC) Ke-17 yang akan berlangsung di Pradera Verde, Lubao Pampanga, Filipina selama empat hari mulai 16 hingga 19 Mei ini.
 
Mereka yang terlibat ialah Muhammad Afif Muhammad Razif, Sazanur Iman Salenin, Nurul Syahirah Afiqah Saparudin dan Tham Soot Yuet, manakala dua lagi adalah Muhammad Zafran Abdullah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nur Eliana Ariffin dari Melaka International College of Science and Technology (MiCoST).
 
Kejohanan dwitahunan itu menyaksikan 20 negara akan berentap dengan mempertaruhkan atlet golf terbaik universiti dan Malaysia telah memilih enam pemain terbaik berdasarkan prestasi sepanjang tahun.
 
Berikutan pemilihan empat pemain golf UUM itu, majlis penyerahan bendera telah diadakan semalam yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Akademik), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim.
 
Beliau berkata, setiap orang mempunyai peluang sama rata untuk menang pingat di WUC 2018, justeru, lakukan yang terbaik kerana pemain yang dipilih ini membawa nama negara dan secara tidak langsung membawa nama universiti ke persada antarabangsa.
 
"Apa yang penting ialah persediaan dari segi kekuatan mental dan fizikal serta keyakinan yang tinggi turut melakukan yang terbaik.
 
"Saya doakan kejayaan anda semua pada WUC 2018 ini dan In Sha Allah, kejayaan akan menjadi milik kita," ujarnya.
 
Turut serta ke WUC ialah Pengurus Pasukan Prof Madya Dr Azman Yasin, Aiza Irmalinda Ariffin dan Wan Rosni Wan Cik sebagai jurulatih.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia