'Rasuah Pilihan Raya: Benarkah Ia Wujud?' Dedah Langkah Pencegahan Dan Kesannya

'Rasuah Pilihan Raya: Benarkah Ia Wujud?' Dedah Langkah Pencegahan Dan Kesannya
UUM ONLINE: 15 Mei - Sejauh manakah penularan gejala rasuah berlaku dalam kalangan masyarakat termasuk pemimpin organisasi bagi mencapai matlamat masing-masing? Malah, perbuatan tersebut juga dikatakan turut berlaku ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) sesebuah negara.
 
Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Rasuah Asia (ARIC), UUM telah menampilkan tiga panel iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil; Presiden Transparency-International Malaysia (TI-M), Dato' Akhbar Satar dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bagi mengupas persoalan itu dalam program Bicara ARIC 'Rasuah Pilihan Raya: Benarkah Ia Wujud?' di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), pagi tadi.
 
Pengarah ARIC, Dr. Rohana Abdul Rahman berkata, program tersebut memberi pendedahan kepada masyarakat kampus dan masyarakat luar tentang rasuah yang merupakan gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat di negara ini.
 
Menurutnya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana pelaku rasuah mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan untuk kepentingan dirinya sendiri, daripada penerima rasuah seperti pihak berkuasa atau sesebuah syarikat, selepas memberi wang, hadiah atau keraian kepada pihak-pihak tersebut. 
 
Justeru, katanya, Bicara ARIC itu adalah untuk memberi pendedahan langkah pencegahan dan kesan rasuah dalam pilihan raya umum kepada masyarakat dan organisasi.
 
Dalam program yang dikendalikan Felo Bersekutu ARIC, Prof Dr Jamal Ali itu, ketiga panel mengupas persoalan yang berlegar sama ada isu rasuah yang berlaku dalam pemilihan pemimpin organisasi dan masyarakat termasuklah Pilihan Raya Umum benar-benar wujud atau hanya retorik dan perspektif parti-parti politik yang bertanding.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia