Karnival Varsiti IMT-GT - Serlahkan Potensi, Bina Jaringan

Karnival Varsiti IMT-GT - Serlahkan Potensi, Bina Jaringan
UUM ONLINE: Peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menimba pengalaman berharga dalam menyerlahkan potensi dan membina jaringan antarabangsa sempena Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20, 2018, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.
 
Pelajar Sarjana Muda Pemasaran, Norsyahirah Shafie mewakili Universiti Utara Malaysia dalam Seminar IMT-GT yang menyaksikan pembentangan dan perbincangan isu semasa, Moving Towards Industrial Revolution (IR4.0); The Role Of Youth In Virtual Entrepreneurship.
 
“Seminar ini memfokuskan peranan belia dalam keusahawanan maya yang  didedahkan tentang bagaimana menyediakan kertas akademik termasuk abstrak, citation, semua kertas yang dihasilkan akan dibukukan menjadi jurnal.
 
“Kami dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana revolusi industri 4.0 memberi impak kepada belia dan peranan belia dalam keusahawanan maya yang dikupas oleh pasukan UUM yang terdiri daripada 3 pelajar yang dibimbing oleh Cik Sharima Ruwaida Abbas yang amat berdedikasi,” katanya.
 
Ujarnya, pelajar diberi peluang menyediakan kertas kerja akademik yang memerlukan daya pemikiran kritis, membuat keputusan dan kemahiran komunikasi berkesan untuk membentuk keyakinan diri ketika berhadapan dengan khalayak. 
 
Mengakui pengalaman pertama menimba ilmu dalam karnival ini amat mengujakan kerana berpeluang menyaksikan pertukaran budaya antara negara,  sambil bertukar-tukar idea.
 
“Apabila pelajar dari pelbagai universiti berkumpul peserta dapat melihat pelbagai perbezaan, silang budaya dan untuk menggerakkan persefahaman, seterusnya berusaha mencari penyelesaian yang akhirnya menyatukan semua peserta.   
 
“Kami turut berpeluang berkenalan dengan pelajar yang datang dari pelbagai negara selain melawat destinasi menarik termasuk Pulau Langkawi,” tambahnya.
 
Dalam pada itu, Kontinjen UUM menyertai acara sukan yang dipertandingkan seperti Bola Sepak, Bandminton, Tenis, Bola Tampar (wanita) Bola Keranjang (lelaki) dan petanque.
 
Bagi pelajar Sarjana Muda Perbankan, Mohd Iqbal Ahmad Azahari yang menyertai acara tenis teruja dapat bersaing dengan atlet luar negara yang menampilkan aksi memukau.
 
“Persaingan memang sengit dari tiga negara, kali ini kami berjaya ke separuh akhir dan berharap dapat membuat yang terbaik serta memperoleh pingat demi mengharumkan nama UUM,” luahnya.    
 
Mengangkat tema Winning is good but friendship is number one, kira-kira 1,000 peserta dari 12 universiti seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Teknologi Mara Perlis (UiTM Perlis), Universitas Sumatera Utara (USU), Prince of Songkla (PSU), Universitas Negeri Medan (UNIMED) dan Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH).   
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia