Fahami Falsafah Untuk Martabatkan Ilmu Dan Institusi Pendidikan

Fahami Falsafah Untuk Martabatkan Ilmu Dan Institusi Pendidikan
UUM ONLINE: 24 Julai - Mengetengahkan tajuk Institutional Leadership In Realising The Philosophy Of Education (FPK 1996), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkongsi pandangan beliau tentang Falsafah Pendidikan Negara (FPK) dalam memartabatkan ilmu dan institusi pendidikan khasnya.
 
Beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, sebagai kakitangan di sebuah universiti atau institusi pendidikan seharusnya mengetahui tentang falsafah yang dibawa supaya dapat diterjemahkan dalam bidang pekerjaan yang dilakukan.
 
Menurutnya, dalam FPK menekankan tentang usaha mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani.
 
"Semua aspek ini adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan ia adalah satu usaha berterusan bagi melahirkan rakyat Malaysia berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara," ujarnya.
 
Beliau berkata, pentingnya falsafah dalam setiap organisasi untuk dijadikan sebagai panduan kepada golongan pendidik dan pelajar dalam mengendali institusi pendidikan sekarang.
 
Learning Series Talk 6/2018 tersebut dianjurkan Pusat Pengajaran Pembelajaran (UTLC) bertujuan untuk perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam kepimpinan institusi pendidikan.
 
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Teknikal) UTLC, Dr Izwan Nizal Mohd Shahranee yang mewakili Pengarah UTLC berkata, sesi syarahan tersebut diharap dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mengubah pemimpin masa hadapan dalam bidang pendidikan.
 
Katanya, sesi ini juga menjadi platform kepada pihak pengurusan dan ahli akademik untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman serta mewujudkan kolaborasi idea dan perspektif dalam kepimpinan institusi pendidikan.
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia