QRC'18 Ketengahkan Isu, Cabaran dan Potensi Penyelidikan Kualitatif

QRC'18 Ketengahkan Isu, Cabaran dan Potensi Penyelidikan Kualitatif
UUM ONLINE: Melaka - Bertemakan 'Researching Real World', Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) mengetengahkan isu semasa, cabaran dan potensi dalam penyelidikan kualitatif pada Persidangan Penyelidikan Kualitatif 2018 (QRC'18) yang berlangsung selama tiga hari mulai 10 Julai lalu.
 
Persidangan antarabangsa kali ketiga yang turut mendapat kerjasama Institut Kajian Strategik dan Pembangunan Perakaunan Mampan (ISSAD) dan Yayasan Muhibah itu telah menghimpunkan seramai 80 peserta terdiri ahli akademik, ahli profesional, pentadbir dan juga pelajar dari dalam dan luar negara.
 
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad yang mewakili Naib Canselor berkata, objektif persidangan itu adalah untuk mewacanakan isu semasa, cabaran dan potensi berkaitan penyelidikan kualitatif.
 
Selain itu, menurutnya, QRC adalah bagi membudayakan penyelidikan kualitatif dalam kalangan akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, meningkatkan kefahaman dan mengetengahkan kepentingan penyelidikan kualitatif dalam membuat keputusan dasar berkaitan pelbagai isu sejagat serta menyediakan ruang kepada para akademik, ahli-ahli profesional, pentadbir dan pelajar yang berorientasikan kajian kualitatif untuk berkongsi maklumat, idea dan pengalaman dalam pelbagai bidang ilmu. 
 
Persidangan dimulakan dengan ucaptama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman.
 
Antara pengisian QRC’18 ialah bengkel Philosophical Foundations of Qualitative Research yang dikendalikan Prof Dr Abdul Rahim yang telah menarik penyertaan seramai 25 orang penyelidik yang berkecimpung dalam dunia penyelidikan berbentuk kualitatif dan sebanyak 60 kertas kerja dibentangkan penyelidik melibatkan tema kajian utama seperti perakaunan, pengurusan, pelancongan dan perubatan. 
 
Hadir sama Dekan TISSA-UUM, Prof Madya Dr Chek Derashid yang berharap persidangan tersebut mampu menyediakan satu platform untuk membincangkan pelbagai cabang kajian dan penyelidikan dalam dunia akademia, selain menjadi pemangkin kepada perkembangan kajian kualitatif dalam pelbagai disiplin ilmu.
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia