UUM Ungguli 2nd UCUC Di Thailand

UUM Ungguli 2nd UCUC Di Thailand
UUM ONLINE: UUM terus unggul dalam 2nd UUM-Chiang Mai University-USM International Student Conference (2nd UCUC) di Chiang Mai University (CMU), Thailand.
 
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, persidangan ini  memberi pendedahan dan interaksi sesama peserta dari pelbagai negara mengenai konsep kesedaran, penghargaan, pemahaman dan tanggungjawab bersama. 
 
Beliau yang turut yang menjadi keynote speaker menjelaskan, seramai 60 mahasiswa dari pelbagai negara menyertai 2nd UCUC yang berlangsung dari 15 – 21 Julai.  
 
Mereka terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Chiang Mai University (CMU) Thailand, Universiti Sains Malaysia (USM), Danang University of Foreign Language Studies (UFLS), Vietnam; Saga University of Technology (SUT) Japan dan Suranaree University of Technology, Thailand.
 
“Tema persidangan, Industrial 4.0 tepat pada masanya dan menjadi tugas mahasiswa untuk mendukung tema itu di samping memperkenalkan UUM kepada masyarakat global.
 
“Tahniah kepada pelajar UUM yang telah beraksi cemerlang menampilkan persembahan terbaik dengan mendominasi 9 anugerah dari 11 anugerah menerusi pembentangan poster dan oral,” ulasnya.
 
Bagi kategori pembentangan poster juri telah memilih poster Qiu Wei Lim dengan tajuk Industrial Revolution 4.0: A Risk Benefits Analysist, ke-2 Nurlina Khalida Md Ruslan, Siti Zaharina Ahmad Assakari masing-masing dari UUM dan ke-4 Sai Awn Khay dari CMU.
 
Manakala bagi kategori oral menyaksikan 12 pembentangan dan Chee Wee Sen bersama Fatin Nabilah Ramlee (UUM) diangkat sebagai pembentang terbaik, di ikuti Muhammad Ridhwan Othman(UUM) ke-2 dan Jirapan Jaikum (CMU) tempat ketiga.
 
Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang juga merupakan ahli Beta Gamma Sigma Chapter UUM, Fatin Nabilah Ramlee, 22 bersyukur apabila pembentangan bertajuk Moving Toward Industry 4.0: Malaysia Poultry Industry diangkat sebagai pembentangan terbaik. 
 
“Saya salah seorang dari 5 pelajar yang mewakili UUM untuk membuat perbentangan di hadapan 6 universiti, saya memang tak sangka pembentangan saya menarik perhatian juri, di luar dugaan.
 
“Sesi pembentangan poster turut memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pelaksanaan industry 4.0 di negara masing-masing,” katanya.
 
Fatin menyifatkan menjadi peserta UCUC merupakan satu pengalaman yang berharga kerana membuka minda bahawa industry 4.0 bukan sahaja berkaitan dengan teknologi sahaja bahkan merangkumi pelbagai aspek. 
 
“Acara ini merupakan satu cabaran bagi saya kerana ini pertama kali saya membuat pembentangan di hadapan universiti lain secara individu,” luahnya.
 
Selain itu tambahnya, menerusi UCUC peserta dapat meneroka budaya negara Thailand serta bertukar budaya dengan membuat persembahan pada malam terakhir seperti tarian Joget Pahang dan tarian India.
 
“Pada mulanya saya agak kekok kerana tidak pernah membuat persembahan tarian di hadapan orang ramai namun kami berusaha bersungguh-sungguh, dengan hanya 3 malam berlatih kami dapat membuat persembahan yang menghiburkan,” ujarnya.
 
Manakala pelajar Sarjana Muda Perakaunan Muhammad Ridhwan Othman, 22 teruja menyertai program yang memberi pendedahan kepada pelajar menguasai pelbagai kemahiran kepimpinan, pengurusan dan keterampilan.
 
“Pelajar diberi kepercayaan menguruskan aktiviti yang memerlukan daya pemikiran kritis dalam membuat keputusan dan kemahiran komunikasi berkesan untuk membentuk keyakinan diri ketika berhadapan dengan khalayak. 
 
“Kami berpeluang berkenalan dengan pelajar yang datang dari pelbagai negara selain dibawa melawat syarikat di Thailand yang sinonim dengan industry 4.0,” ujarnya.
 
Jelasnya, UCUC menjadi platform terbaik untuk membentuk pemimpin muda yang kreatif, berdikari, peka dan hak asasi merentas sempadan selain berusaha meningkatkan lebih banyak jaringan.  
 
“Saya bersyukur diberi peluang menimba pengalaman berharga secara holistik dengan memberi pendedahan ke arah pembentukan sikap positif, keyakinan diri dan kreativiti,” katanya. 
 
Program 2nd UCUC ini juga turut mendedahkan pelajar dengan sesi lawatan ke syarikat-syarikat yang berkaitan dengan industri 4.0, khidmat komuniti dengan masyarakat setempat, serta program kebudayaan.
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia