Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20 Bukti Semangat Kesatuan 

Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20 Bukti Semangat Kesatuan 
UUM ONLINE: 26 Julai - Setelah enam hari berlangsung, Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20, 2018 menutup tirai dalam suasana meriah penuh dengan semangat kesatuan di Dewan Seri Semarak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, semalam.
 
Mengangkat tema Winning is good but friendship is number one, karnival ini berlangsung dari 20 – 26 Julai membabitkan universiti dari tiga negara.
 
Antara universiti yang mewakili Malaysia seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
 
Manakala dari luar negara seperti Universitas Sumatera Utara (USU), Thaksin University (TSU), Prince of Songkla (PSU), Universitas Negeri Medan (UNIMED),  Wailalak University (WU), Rajamangala University of Technology Srivijaya (RMUTSV) dan Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH). 
  
Rektor UiTM Cawangan Perlis, Zailuddin Ariffin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peserta yang datang dari Indonesia, Malaysia dan Thailand  sekali gus berjaya memupuk kerjasama dan persefahaman yang baik.
 
“Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat sepanjang enam hari program berlangsung sebagai bukti semangat kesatuan di antara kita tanpa mengira kaum, bangsa dan negara.
 
“Terima kasih kerana berada di sini dan memberi sokongan dalam setiap acara yang dipertandingkan menerusi sukan, kebudayaan serta seminar dan semoga kehadiran anda di sini menjadi satu pengalaman menarik,” ucapnya mewakili Naib Canselor UiTM pada majlis Perasmian Penutup Karnival IMT-GT ke 20, 2018.   
 
Ujarnya, segala kenangan yang diperolehi di sini jadikan pengalaman berharga untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. 
 
“Saya berharap kita akan berjumpa lagi di Wailalak University pada tahun hadapan,” tambahnya. 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia