Industri Kreatif Perlu Kepelbagaian Untuk Melangkah Lebih Jauh

Industri Kreatif Perlu Kepelbagaian Untuk Melangkah Lebih Jauh
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 28 Julai - Kandungan industri kreatif negara memerlukan kepelbagaian untuk melangkah lebih jauh.
 
Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, industri kreatif tidak boleh bergantung atau terikat hanya pada filem, media atau komunikasi sahaja, sebaliknya merangkumi televisyen, muzik, seni visual, seni persembahan, buku, pengiklanan, dan game (permainan) seperti yang digariskan dalam Forum Ekonomi Dunia 2015.
 
Menurutnya, industri kreatif dan seni persembahan adalah satu ‘business’ yang perlu diuruskan dan boleh dibawa lebih jauh.
 
“Menjelang 2020, industri ini dijangka bakal menjana kekayaan mencecah USD50 bilion, namun jika dinilai dari aspek pengisian dalam industri kreatif di Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding negara luar.
 
“Justeru, kita perlukan pelbagai sokongan untuk mengangkat industri kreatif negara ke peringkat global dengan kelebihan pengurusan dan perancangan strategik serta keunikan yang ada,” ujarnya pada Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat ‘Meneroka Perbatasan Baharu Indistri Kreatif Malaysia: Dasar, Sistem Tadbir Urus dan Penerobosan Global’ di KLCC, hari ini.
 
Beliau berkata, persidangan meja bulat atau RTC itu diadakan pada tepat masanya bagi membahaskan isu semasa, hala tuju dan cabaran kandungan industri kreatif negara.
 
Katanya, penggiat industri juga boleh menilai semula Dasar Industri Kreatif Negara yang diwartakan pada 2011 agar ia seiring dengan era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) kini.
 
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan, Serba Dinamik Holdings Berhad, Dato’ Ir Abdul Karim Abdullah berkata, beliau percaya usaha gigih dan perancangan rapi dari semua lapisan, GCE Capital boleh mencapai kejayaan yang mana akan membawa satu keadaan ‘win-win situation’ dalam usaha memartabatkan industri kreatif.
 
Menurutnya, pada masa sama UUM juga akan mendapat keuntungan hasil pemikiran dan penghasil nukilan atau tulisan berbentuk ilmu yang diperlukan.
 
Bagi Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Malaysia (YPBM), Hasan Hamzah, pengamal industri harus berani meneroka apa sahaja walaupun berada di kampung.
 
Ujar beliau, tiada alasan industri kreatif negara tidak boleh menembusi pasaran antarabangsa yang cuma memerlukan idea dan nilai untuk pasarkan idea kreatif tersebut dalam pasaran global.
 
Persidangan meja bulat itu adalah anjuran bersama Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), UUM dengan Global Content Exchange (GCE) Capital.
 
Pada majlis tersebut, UUM diwakili Naib Canselor turut menandatangani Letter of Intent (LoI) dengan YPBM yang diwakili Pengerusinya.
 
RTC selama sehari yang menghimpunkan pakar, pemain industri dan ahli akademik itu bertujuan membentuk rangka dasar, sistem dan pelaksanaan industri kreatif negara termasuk berkaitan pendidikan.
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia