Monograf Baitulmaqdis Singkap Peranan Islam Dalam Mempromosi Kewujudan Bersama Secara Damai

Monograf Baitulmaqdis Singkap Peranan Islam Dalam Mempromosi Kewujudan Bersama Secara Damai
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 28 Julai - Pelancaran Monograf Baitulmaqdis menjadi kayu ukur baharu kepada penyelidikan akademik dan perkembangan Pengajian Islamicjerusalem atau Baitulmaqdis khususnya dalam aspek mempromosi kewujudan bersama secara damai antara penganut agama Islam, Kristian dan Yahudi.
 
Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata model Islamicjerusalem merujuk kepada wawasan yang komprehensif mengenai konsep kewujudan bersama secara damai.
 
"Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam masyarakat pelbagai budaya di Madinah adalah contoh awal bagaimana Islam sentiasa menerima pendekatan inklusif dan mempromosikan kewujudan bersama secara aman dan harmoni. Begitu juga keadaannya di Baitulmaqdis yang merupakan tanah suci bagi umat Islam, Kristian dan Yahudi," ujarnya.
 
Jelas Naib Canselor, sejarah Baitulmaqdis, ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar-Al Khattab meletakkan asas penting dalam kewujudan bersama secara damai sambil menguruskan kemajmukan di rantau ini yang dikenali dalam sejarah sebagai Al-'Uhda al-Umariyya atau Jaminan Keamanan Umar.
 
"Konsep ini kemudiannya diteruskan pada zaman Salahuddin Al Ayubi apabila beliau membebaskan Baitulmaqdis daripada Tentera Salib pada 1191 di mana dalam jawapan balasnya kepada Raja Richard I, Salahuddin menyatakan bahawa "Baitulmaqdis adalah milik kami, sama juga milik kamu" yang jelas menunjukkan bagaimana Islam menghormati hak-hak orang Kristian di Baitulmaqdis walaupun umat Islam berkuasa ketika itu," katanya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Amal dan Pelancaran Monograf Baitulmaqdis anjuran Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM di sini.
 
Tambah beliau lagi, majlis yang diadakan ini menandakan satu peristiwa penting dalam memahami model Baitulmaqdis sebagai mercu tanda asas mengenai peranan Islam dalam menggalakkan persefahaman bersama, saling menghormati dan hidup bersama di kalangan manusia.
 
Monograf Baitulmaqdis hasil penyelidikan Prof. Dr. Abd Al-Fattah El-Awaisi, Profesor Pelawat IEIJS UUM antara lain membincangkan latar belakang bidang penyelidikan baharu dalam Kajian Baitulmaqdis sejak tahun 1994, pengenalan dua terminologi baharu: Islamicjerusalem dan Pengajian Islamicjerusalem serta kemajuan dan perkembangan penyelidikan terkini  dalam Pengajian Islamicjerusalem.
 
Abd. al-Fattah merupakan warga Britain berasal dari Palestin dan pernah menetap serta berkhidmat di beberapa negara Islam, selain di Barat.
 
Beliau pernah mencurahkan ilmu sebagai pensyarah dan membuat penyelidikan di beberapa universiti terkemuka dunia selama lebih 30 tahun, antaranya di UK, Turki, Syria, Yemen, Palestin dan Malaysia.
 
Hadir sama pada majlis ini Presiden Muslim Care Malaysia Society, Tuan Haji Zulkifli Wahijan; Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government, Prof. Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah; Pengarah IEIJS UUM, Dr. Aminurraasyid Yatiban, dan penulis Monograf Baitulmaqdis, Prof. Dr. Abdul Fattah El-Awaisi.
 
Turut dilancarkan Tabung Kebajikan dan Pembangunan Baitulmaqdis. 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia