AFLES 2018 Platform Pupuk Pemimpin Masa Hadapan

AFLES 2018 Platform Pupuk Pemimpin Masa Hadapan
UUM ONLINE: The 6th Asean Future Leaders Summit (AFLES) menjadi platform kepada pelajar universiti negara ASEAN dalam melahirkan pemimpin masa hadapan.
 
Penolong Naib Canselor COB, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, beliau yakin delegasi AFLES terdiri 180 pelajar universiti negara ASEAN ini boleh menjadi pemimpin negara pada masa hadapan sekiranya mereka saling kompetitif dan mampu meluaskan jaringan dengan rakan baharu menerusi program tersebut.
 
Menurutnya, AFLES menjadi medan dan batu loncatan untuk menyemai inspirasi, pengetahuan dan memperluaskan rangkaian kepada pemimpin muda untuk membantu mereka memimpin komuniti di negara masing-masing.
 
"Universiti kini bukan semata-mata tempat untuk belajar, sebaliknya ia adalah tempat untuk mengembangkan minda dan memerlukan keseimbangan antara pembelajaran dan pendedahan kepimpinan.
 
"Semua peserta ini perlu mengambil peluang diberikan menerusi AFLES untuk memupuk kerjasama tanpa meminggirkan rakan dari mana-mana institusi atau negara walaupun berbeza budaya," katanya ketika menyambut lawatan delegasi 6th AFLES di Pusat Konvensyen, semalam.
 
Dalam lawatan itu, peserta bersama Penasihat AFLES, Prof Madya Dr Anees Jani Ali telah dibawa melawat sekitar kampus termasuk Anjung Tamu, selain berpeluang bermain go-kart, sebelum mereka ke Hatyai, Thailand pada sebelah petang.
 
Prof Dr Haim Hilman turut mengalukan peserta AFLES untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di UUM yang terkenal sebagai antara universiti pengurusan terkemuka dan terbaik di rantau Asia, selain menerangkan pencapaian dan kedudukan terkini UUM dalam QS World University Rankings.
 
Seramai 180 pelajar universiti negara ASEAN menyertai AFLES 2018 yang bukan sahaja dipenuhi aktiviti kepimpinan, ceramah dan latihan selama 13 hari, malah mereka juga dapat meningkatkan dan membaiki kemahiran insaniah masing-masing.
 
AFLES merupakan anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prince of Songkla University (PSU), Thailand dan UUM melalui Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA COB) yang mana merupakan rakan strategik Jawatan Kuasa Penganjur AFLES di peringkat UUM sejak 2016.
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia