Universiti Tidak Mengejar Ranking Untuk Jadi Yang Terbaik

Universiti Tidak Mengejar Ranking Untuk Jadi Yang Terbaik
UUM ONLINE: 7 Ogos - "Kita tidak gila mengejar ranking semata-mata untuk dikenali dunia, sebaliknya gila untuk memastikan UUM menjadi sebuah universiti terbaik," ujar Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Pencapaian Suku Kedua (Jan-Jun) Pelan Strategik Fasa II 2018 di Bilik Mesyuarat Senat, semalam.
 
Beliau berkata, ranking adalah outcome yang menjadi penanda aras untuk mencapai pelbagai pra-syarat bagi menjadi sebuah universiti yang baik.
 
Katanya, ia bukan sekadar nombor tetapi ia berkaitan bagaimana untuk menjadikan universiti yang baik dan dikenali bukan sahaja di peringkat nasional tetapi dunia.
 
"Justeru, kita mesti ada kesarjanaan, perlu ada penyelidikan dan penerbitan di peringkat antarabangsa, reputasi akademik, reputasi pekerja terdiri graduan UUM.
 
"Kita tidak mahu hanya menjadi jaguh kampung, universiti ini perlu menarik lebih ramai sarjana luar negara bukan semata-mata untuk menjana pendapatan..semua ini menjadi kriteria penting jika mahu menjadi sebuah universiti yang baik dan secara tidak langsung ia membantu dalam ranking," katanya. 
 
Pada mesyuarat itu juga, beliau turut menekankan tentang bidang penerbitan dan penyelidikan yang perlu ditingkatkan lagi, selain setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) harus mempunyai Pusat Kecemerlangan (CoE) dengan memfokuskan kekuatan masing-masing.
 
Menurutnya, apabila universiti berjaya melaksanakan usaha-usaha itu akan membolehkan UUM mendapat kepercayaan sebagai universiti yang terbaik apabila berada dalam kedudukan baik.
 
Pencapaian suku kedua itu telah dibentangkan Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf berdasarkan empat teras dalam Pelan Strategik iaitu Teras 1 (Mempertingkatkan Kesarjanaan dan Pengantarabangsaan); Teras 2 (Pembangunan Modal Insan dan Pengurusan Bakat); Teras 3 (Membangun Mahasiswa Secara Holistik) dan Teras 4 (Menjana Kekayaan).
 
Sebanyak 198 Petunjuk Prestasi (PI) telah dibentangkan dan daripada jumlah tersebut, 85 (43%) PI telah mencapai indikator hijau, sembilan (9) peratus berwarna kuning, 32 peratus berwarna merah dan 16 peratus berwarna hitam.
 
Prof Dr Nor Aziah turut membentangkan prestasi 17 pusat pengajian yang mana tiga pusat pengajian berada di kedudukan teratas dengan mencapai indikator berwarna hijau iaitu Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML) dengan PI sebanyak 41.89 peratus, diikuti Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) sebanyak 40.96 peratus dan Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) mencapai PI sebanyak 39.47 peratus.
 
Oleh: Nordiana Shafiee
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia