Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara Ke-3, 2018 Fokus Kepentingan Penyelidikan 

Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara Ke-3, 2018 Fokus Kepentingan Penyelidikan
UUM ONLINE: Ipoh, Perak - Bertemakan “Pertumbuhan Inklusif Melalui Kelestarian Anjakan Sosial dan Inovasi," Pusat Penyelidikan Koridor Utara (NCRC), Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi berjaya menganjurkan Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara.
 
Seminar kali ketiga ini merupakan kesinambungan daripada seminar yang pertama pada 13-14 Disember 2012 di Pulau Pinang; dan yang kedua pada 25-26 Februari 2015 di Kedah dengan memfokuskan tentang kepentingan penyelidikan dalam usaha transformasi sosio-ekonomi bagi memacu pertumbuhan ekonomi di wilayah utara.
 
Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim.
 
Beliau dalam ucapan perasmiannya berkata agenda transformasi menjadi sangat mendesak khususnya dalam langkah-langkah akhir untuk terus membangun dan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.
 
"Sejak 61 tahun negara mencapai kemerdekaan, masyarakat Malaysia telah melalui pelbagai proses transformasi yang meliputi aspek ekonomi, sosial, pendidikan, budaya, politik, teknologi dan lain-lain lagi. 
 
"Dalam konteks penyelidikan, perbincangan proses transformasi ini dianalisis dan diteliti dari aspek pembangunan sosialnya," ujarnya.
 
Tambah beliau, perancangan pembangunan yang teratur dan berkesan serta komitmen secara menyeluruh daripada pihak kerajaan Pusat, swasta dan penduduk negeri di wilayah utara Semenanjung Malaysia diharap akan melancarkan proses pembangunan dan mampu mencapai matlamat yang disasarkan.
 
"Dalam hal ini, warga UUM yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu khususnya dalam bidang ekonomi, kewangan, keusahawanan, pengurusan, pembangunan, pendidikan  dan teknologi maklumat ingin menawarkan perkhidmatan kami untuk bersama membangunkan kemajuan negeri-negeri di wilayah utara.
 
"UUM akan mengembleng tenaga bersama agensi kerajaan dan swasta yang telah dikenal pasti akan bersama memikirkan kaedah dan strategi berkesan untuk menjayakan program yang akan diatur untuk mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan," kata beliau.
 
Objektif seminar yang berlangsung selama dua hari ini antaranya ialah berkongsi input-input mengenai pembangunan di wilayah utara kepada agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi mengenal pasti serta meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan program pembangunan lestari untuk manfaat pembangunan di wilayah utara.
 
Sebanyak 45 kertas kerja penyelidikan berjaya dikumpulkan pada seminar ini merangkumi sembilan (9) sub-tema, iaitu Perspektif Islam; Pemerkasaan Wanita dan Minoriti; Sosio-Ekonomi; Pendidikan dan Modal Insan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); Pelancongan dan Warisan; Pembangunan dan Libatsama Komuniti; Keusahawanan; dan Kelestarian dan Pembangunan Wilayah.
 
Selain sesi pembentangan seminar ini turut diisi dengan ucap utama bertajuk IR4.0 and It's Implication To The Northern Region: Case of Perak oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Darul Ridzuan (IDR) merangkap Felo Adjung NCRC, Dr Mazalan Kamis dan Peranan Libatsama Universiti-Komuniti Terhadap Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara oleh Pengarah Eksekutif, Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN), Prof. Dato’ Dr. Aileen Tan Shau-Hwai serta perkongsian ilmu Experiential Art Therapy Workshop - Expressive Arts Inspiration: A path to handle our Inner Critics yang dikendalikan oleh Felo Penyelidik NCRC, Dr Azizah Abdullah.
 
Oleh: Mohd Amir Aizat Sainon
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 
 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia